CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 06/08/2021 1,291 Kes baharu

[Copy link]
Post time 6-8-2021 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-8-2021 02:33 PM

1, 291 kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini

KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi mencatatkan kes baharu tertinggi COVID-19 hari ini dengan sejumlah 1, 291 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata empat daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit, yakni Kota Kinabalu 282, Tawau 177, Penampang 131 dan Papar 112.

"Lima daerah pula merekod jumlah kes harian melebihi 50 kes iaitu Tuaran 96, Sandakan 72, Sipitang 54, Beaufort 54 dan Keningau 52," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, empat daerah melepasi 20 kes harian, Kinabatangan 21, Kota Belud 28, Putatan 31, Ranau 40. Tidak ada daerah yang kes sifar semalam.

Katanya, kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian di Sabah iaitu 772 kes atau hampir 60 peratus.

"Tetapi kes bergejala (sporadik) juga kekal tinggi, yakni 299 atau 23.2 peratus. Di daerah Kota Kinabalu 107 kes daripada 282 kes yang dicatatkan adalah melalui saringan bergejala, yakni 38 peratus. Di Tuaran, 35 peratus daripada jumlah kes juga disumbangkan oleh kategori bergejala.

"Kluster sedia ada menyumbang 70 kes  daripada jumlah kes keseluruhan dan 73 kes daripada saringan bersasar di lokaliti-lokaliti PKPD," katanya.
Masidi menjelaskan 1,180 kes daripada 1,291 kes semalam adalah dalam kategori satu dan dua.

Katanya, terdapat dua pesakit adalah adalah dalam kategori empat dan seorang dalam kategori lima yang memerlukan rawatan rapi.

"Keutamaan sekarang ialah untuk mempertingkatkan pemberian vaksin dalam kalangan penduduk.

"Ini bermakna kita memerlukan bekalan vaksin yang cukup sepanjanag masa. Kerajaan negeri dijangka akan mengumumkan dalam masa terdekat beberapa langkah serta inisiatif baharu bagi memastikan kelancaran program vaksinasi di Sabah," katanya.


Utusan borneo/2021/08/06




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list