Edited by Vellfire at 6-8-2021 10:47 AM
652 kes COVID-19, sifar kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 652 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 80,174 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi 231 kes diikuti Simunjan (84), Serian (65), Mukah (55), Miri (34), Sibu (31) dan Samarahan (22).
Lain-lain kes dikesan di Bintulu (21), Bau (20), Kanowit (18), Tatau (17), Sri Aman (12), Selangau (12), Lundu (11) dan Telang Usan (6).
Manakala Saratok, Sarikei, Subis, Beluru dan Asajaya masing-masing merekodkan dua kes dan masing-masing satu kes di Betong, Meradong dan Tebedu.
“Daripada 652 kes baharu yang dilaporkan, 553 kes adalah tidak bergejala manakala 99 kes bergejala.
“Selain itu, 310 daripada 652 kes baharu yang dilaporkan ini melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 121 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 37 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 184 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal seramai 466 kes.
Manakala terdapat 680 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini seramai 72,671 orang daripada keseluruhan kes positif di negeri ini.
Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 6,858 orang.
Utusan borneo/2021/08/06
|