Muzium Budaya Borneo dijangka dibuka tahun ini
KUCHING: Muzium Budaya Borneo dijangka dirasmikan pembukaannya pada tahun ini setelah beberapa kali tertangguh. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata apabila dibuka nanti, muzium berkenaan akan menjadi muzium kedua terbesar di Asia Tenggara itu.
“Muzium ini dijadualkan untuk dirasmikan pada hujung tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media sempena ulang tahun ke-130 Muzium Sarawak di sini semalam.
Manakala bagi Muzium Sejarah Asli, Karim berkata muzium itu kini sedang dinaik taraf dan berkemungkinan tidak dapat dibuka pada tahun ini.
“Sususan koleksi di Muzium Sejarah Asli memakan masa yang lama kerana perlu disusun dengan teliti mengikut kronologi sejarah,” katanya.
Turut hadir Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap kementerian Hii Chang Kee serta Pengarah Muzium Sarawak Tazudim Mohtar.
sarawakvoice.com/2021/08/05
|