View: 841|Reply: 1
|
Mental pemain koyak, keletihan akibat jadual padat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Hanya mempunyai tempoh rehat dua hari sebelum mengharungi perlawanan berikutnya menyebabkan pemain kepenatan mengharungi jadual padat sejak Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung, 24 Julai lalu.
Situasi berkenaan diakui Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain yang mengakui situasi itu terpaksa dilalui dengan memastikan setiap pemainnya berada dalam keadaan optimum terutama apabila berdepan Sri Pahang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.
Beliau berkata, skuad kendalian Dollah Salleh itu memiliki kelebihan daripada segi rehat selepas tidak beraksi malam tadi berikutan perlawanan berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ditangguhkan.
"Lawan Sri Pahang, Sabtu ini pun mereka dapat kelebihan sebab tak main, malam ini, yang mana sepatutnya mereka lawan Kedah. Jadi, kelebihan untuk Sri Pahang daripada segi rehat.
"Untuk sekarang ini pemain terlalu penat daripada segi permainan. Apa pun situasi ini dialami semua pasukan, bukan TFC sahaja. Jadi kita cuba yang terbaik untuk menang dengan Sri Pahang," katanya selepas berdepan PJ City FC, malam tadi.
Kemenangan 3-0 ke atas PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan TFC kekal di kedudukan kedua dengan mengumpul 34 mata selepas 17 perlawanan, namun dibezakan lapan mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Masalah pemain keletihan sudah pernah disuarakan beberapa pasukan sebelum ini berikutan jadual padat dengan empat perlawanan dalam tempoh 12 hari sejak liga bersambung 24 Julai lalu.
Sementara itu, pengendali PJ City, P Maniam turut menganggap faktor jadual padat menyebabkan pemain mudah mengalami kecederaan.
"Bukan mudah untuk menyesuaikan diri sebab setiap tiga hari satu perlawanan (perlu diharungi), pemain perlu jaga diri mereka dengan makan dan rehat cukup untuk pastikan aksi terbaik.
"Tetapi mereka sudah menunjukkan persembahan baik. Kecederaan itu kita tidak boleh elak cuma saya harap perlawanan seterusnya kita tidak berdepan masalah kecederaan," katanya.
sumber : Hmetro
|
|
|
|
|
|
|
|
KETUA Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain (lima kanan) memberi kata semangat kepada pemainnya pada perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, baru-baru ini. FOTO GHAZALI |
|
|
|
|
|
|
| |
|