View: 1061|Reply: 1
|
Sabah idam tiga mata penuh
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Kehadiran semula beberapa tonggak utama yang tidak beraksi, minggu lalu, diharap mampu membantu Sabah Football Club (FC) mengutip tiga mata apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super, di Stadium Likas, di sini, malam ini.
Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, setakat ini Sabah FC masih belum mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir selepas saingan disambung semula, baru-baru ini.
"Perlawanan yang sangat penting kerana kita perlu meraih tiga mata penuh untuk mengukuhkan peluang serta memperbaiki kedudukan pasukan di tangga liga.
"Paling mengembirakan lagi semua pemain juga dapat beraksi kecuali penyerang import, Josip Ivancic yang cedera ketika aksi menentang Terengganu FC minggu lalu dan juga Park Taesu yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Kurniawan berkata, ketika sesi latihan terakhir skuad badak, semalam, beliau sudah mengenalpasti calon terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Josip yang lebih mesra dipanggil Yoyo oleh rakan sepasukannya.
Katanya, Sabah FC mempunyai beberapa pemain yang tidak beraksi di Kuala Terengganu minggu lalu seperti Alto Linus dan Randy Baruh yang kini berada dalam tahap terbaik mereka untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
"Kehadiran mereka sudah tentu memberi impak positif buat Sabah FC dalam aksi pertemuan menentang KL City FC," katanya.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Terengganu FC, Faiz Nasir (kanan) diasak pemain Sabah FC, Risto Mitrevski (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 1 Ogos lalu. FOTO Ghazali Kori |
|
|
|
|
|
|
| |
|