View: 1348|Reply: 3
|
Trio baharu Arsenal mula langkah kiri
[Copy link]
|
|
LONDON: Peminat Arsenal dapat menyaksikan kelibat pemain baharu mereka Ben White, Albert Sambi Lokonga dan Nuno Tavares buat pertama kali sejak dibeli pada jendela perpindahan musim panas.
Namun trio bernilai 75 juta pound (RM440.36 juta) itu tidak dapat menyelamatkan Gunners daripada kekalahan 2-1 kepada Chelsea dalam aksi persahabatan.
Lebih malang lagi buat pengendali Arsenal, Mikel Arteta, pemain tengahnya Thomas Partes terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan buku lalu di babak pertama susulan asakan oleh Ruben Loftus-Cheek.
Dengan Liga Perdana Inggeris akan bermula dalam tempoh 11 hari lagi - bertemu Brentford, ia situasi kurang menyenangkan buat Arsenal.
Apa yang lebih merisaukan lagi peminat Arsenal, yang kali pertama memenuhi Stadium Emirates sejak 18 bulan lalu, ialah ketumpulan jentera serangan mereka.
Chelsea kendalian Thomas Tuchel pula turun tanpa kelibat sembilan pemain utama yang mewakili negara masing-masing di Euro 2020 dan Copa America.
Namun mereka masih mampu mengatasi Arsenal yang lebih banyak mengawal bola tetapi gagal mengancam gawang dijaga Edouard Mendy.
Chelsea mendahului pada minit ke-28 apabila Timo Werner membuat umpanan kepada Kai Havertz untuk menewaskan rakan sepasukan Jerman Bernd Leno.
Walaupun Granit Xhaka menyamakan kedudukan selepas menggantikan Partey, Tammy Abraham kembali meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-72. - AGENSI
sumber : BHarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Chelsea Tammy Abraham (kiri) dan pertahanan Arsenal Nuono Tavares dalam aksi persahabatan di Stadium Emirates. - Foto AFP |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku fair result lwn juara UCL
ikutkan sebenarnya seri |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak test player kot..belum betul2 lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|