CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 0

Sri Pahang calar ego PJ City

[Copy link]
Post time 2-8-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode


Sri Pahang calar ego PJ City

KUANTAN – Pasukan Sri Pahang FC berjaya menamatkan ‘badi’ seri selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Petaling Jaya City (PJ City) dalam aksi Liga Super malam tadi.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur itu, skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh membariskan kesebelasan terbaik termasuk jentera serangan berbisa terdiri daripada Abdul Malik Mat Ariff, Manuel Hidalgo dan Aung Kaung Mann.

Ketiga-tiga pemain ini dilihat berjaya mencorakkan serangan pasukan tuan rumah selepas melakukan beberapa siri asakan tetapi gagal menembusi benteng The Phoenix.

Namun, kekebalan pasukan pelawat akhir lebur apabila Kaung Mann berjaya meledak gol pertama pada seawal minit ke-15.

Bersambung pada kedua, skuad kendalian P. Maniam itu cuba untuk memperkemaskan jentera serangan dalam usaha mencari gol penyamaan tetapi mudah dipatahkan pertahanan pasukan Pahang.

Pahang turut memiliki beberapa peluang keemasan untuk menggandakan kelebihanmenerusi percubaan Kaung Mann Hidalgo dan Abdul Malik, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol PJ City.

Pasukan pelawat telah menjaringkan gol menerusi rembatan Mahali Jasuli pada minit ke-67 tetapi dibatalkan pengadil dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Pahang terus melonjak ke kedudukan ke-9 liga ketika ini selepas mengutip 17 mata daripada 16 perlawanan manakala PJ City pula kekal dengan 18 mata di tempat ke-10. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.156622 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list