View: 1532|Reply: 3
|
[Sarawak]
Warga emas berusia 100 tahun lengkap suntikan vaksin
[Copy link]
|
|
KANOWIT: Seorang wanita warga emas berusia 100, penerima vaksin tertua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Nanga Jagau hari ini.
Belungung Radin dari Rumah Mang Kapat menerima suntikan vaksin kedua hari ini dan mendapat dos pertama pada 8 Julai lalu.
Belungung dilahirkan 16 Ogos 1921 antara 215 orang penerima suntikan dos kedua di PPV Nanga Jagau.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melakukan kunjungan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Temenggong Masam di skim penempatan semula Nanga Jagau di sini, hari ini.
Nanga Jagau merupakan bekas kawasan Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang mempunyai 21 buah rumah panjang dengan 309 keluarga dan sekitar 2,000 penduduk.
Pada 5 Ogos, Pasukan Vaksinasi Perubatan Medan (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kesihatan akan mengunjungi Long Singut, sebuah perkampungan Orang Ulu di pedalaman Baleh di Kapit dan berdekatan dengan sempadan Kalimantan.
Kira-kira 178 orang dijangka menerima dos kedua vaksin COVID-19 mereka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Didoakan semoga pakcik ni kekal sihat dan dilindungi dr wabak ni. Terharu tengok warga emas yg dh uzur dan sgt berumur pon sama2 ikut vaksin alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
MoneyMatters replied at 1-8-2021 05:38 PM
Alhamdulillah. Didoakan semoga pakcik ni kekal sihat dan dilindungi dr wabak ni. Terharu tengok warg ...
Ye betul, semoga sihat dan dilindungi drp virus
Betul2 semangat walau dah umur 100 tahun utk ambil vaksin
Tp wanitakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ampunkan mata meols hahaha ampunnn ya sememangnya wanita. Ampun makcik semoga makcik sihat kuat selalu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|