London: West Ham menandatangani penjaga gol, Alphonse Areola secara pinjaman dari Paris Saint Germain (PSG), selepas perkara berkenaan diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun itu bersetuju dengan perjanjian boleh kekal secara tetap bersama The Hammers selepas berakhirnya kempen musim depan. Areola musim lalu bersama satu lagi kelab London, Fulham dan sekarang akan bersaing dengan Lukasz Fabianski bagi merebut tempat penjaga gol nombor satu West Ham. Selain aksi di peringkat domestik, West Ham akan bermain di Liga Europa musim depan. "Alphonse adalah penjaga gol berpengalaman dan berbakat yang beraksi di peringkat tertinggi serta bermain dengan baik di EPL musim lalu "Ketika kami sedang mempersiapkan diri berdepan jadual padat, dia akan bersaing secara sihat bersama penjaga gol yang sudah berada di kelab ini," kata pengurus West Ham, David Moyes. sumber : HMetro
|