CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2105|Reply: 9

[Sabah] Lockdown bukan lagi kaedah berkesan

[Copy link]
Post time 31-7-2021 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-7-2021 01:19 AM

Lockdown bukan lagi kaedah berkesan


MASIDI

KOTA KINABALU: ‘Lockdown’ bukan lagi kaedah berkesan untuk mengekang penularan COVID-19 memandangkan wabak berkenaan sudah berada dalam komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setiap daripada individu dalam masyarakat secara tak sedar berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus tidak sudah divaksin atau pun belum.

"Setiap daripada kita kini adalah berpotensi sebagai pembawa virus, kita boleh menjangkiti orang-orang disekeliling kita walaupun kita berada dalam suasana lockdown atau tinggal di kawasan dibawah PKPD.

"Dulu lockdown adalah kaedah yang berkesan kerana jangkitan berlaku dalam kawasan terhad atau ‘localised’.

"Sekarang jangkitan berada dalam komuniti. Lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi kita. Banyak syarikat gulung tikar atau rugi besar," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan penduduk juga hilang punca pendapatan dan sekarang bergantung kepada bantuan Kerajaan.

Katanya, mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan Kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad.

"Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan dan ini tidak boleh dibuat dengan pendekatan lockdown atau PKPD semata mata.

"Kunci melawan dan mengurus pandemik ini ialah pematuhan SOP dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk," katanya.

Menurutnya, kapasiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50 ribu dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke sekitar 60 ribu dos sehari bergantung kepada bekalan vaksin.

Katanya, rakyat sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan mungkin sudah agak lalai mematuhi SOP.

"Pematuhan SOP secara total membantu kita mengelak dapada dijangkiti. Vaksinasi memberi kita ‘kekebalan’ daripada jangkitan virus sehingga 90 perutus.

"Kita masih boleh dijangkiti tetapi kesannya ringan dan tidak memerlukan rawatan hingga masuk ke hospital. Ianya bukan mengancam nyawa.

"Strategi pendekatan kita seterusnya berasaskan perkara-perkara yang telah dinyatakan diatas," katanya.

Menurutnya, lockdown semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah kes jangkitan yang semakin bertambah. Ia sekadar satu kaedah dan bukan satu-satunya jalan keluar daripada jangkitan yang bertambah.

"Dulu kita tidak ada pilihan lain selain daripada lockdown kerana vaksin belum ada.

"Peningkatan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk Sabah bagi membolehkan kita mencapai kelompok imuniti dan penguatkuasaan pematuhan SOP secara berkesan  terbukti lebih berkesan menurunkan jumlah jangkitan setiap hari," katanya

utusan borneo 30/07/2021




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju...skrg ni tiada lg kita jaga kita..yg ada cuma "jaga diri sendiri, org lain nk mati silakn buat kt tmpt lain, jgn heret aku skali"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya. Bagi lah rakyat kerja, cari makan. Kesian tengok yg kerja mall, bukan under essential semua. Tak fikir ke menteri2 ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Takanla kat 2 tahun xreti reti SOP lagi. Budak2 la kesian tak dpt kita lepaskan mcm dulu2. Kalau ada pun tmpt utk diorg seronok harus melalui spec yg perlu. Mereka adalah generasi yg akan mewarisi masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 09:48 AM | Show all posts
Yup betul.. orang2 kita ni ramai tak mampu jaga diri sepenuhnya ... segelintir tu masih memandang enteng bahaya covid ni.

tambah lagi dengan geng yang takut vaksin, anti vaksin dan bla3
kalau tak ikut sop, tak nak vaksin sampai bila covid nak ilang?
takkan nak mcm ni selamanya..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbulan dah berkurung aje kat rumah, sampai pernah kena panic attack nampak ramai org kat pasaraya. Dlm kepala macam dah automatic set semua2 tu +ve covid
Anak2 lagi kesian, memang langsung x kemana2 dah.
Tapi kes harian masih berbelas ribu. X taulah bila semua ni akan berakhir Rindu sgt hidup yg normal mcm dulu2. Bebas kemana2 tanpa prasangka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2021 10:19 AM | Show all posts
#rindupkp700000000000000000000%

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:37 AM | Show all posts
dari pkp 2 mmg aku dah ckp pkp ke pkpd ke lockdown ke mmg tak sesuai sebab short term solution. yelah tapi voice mcm aku ni minoriti je rata2 marhean sukakan lockdown. gov pon serba salah. tak dibuat pkp marhaen bukan main menyalak kata gov tak kisah rakyat mati. dah dibuat pkp kata juga gov tak kisah rakyat mati kelaparan. haih hidup susah mati pon susah ini mcm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita semua terpaksa teruskan kehidupan seperti biasa bersama dgn covid. Takkan mungkin selamanya pkp.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 03:57 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 31-7-2021 05:55 AM
Kita semua terpaksa teruskan kehidupan seperti biasa bersama dgn covid. Takkan mungkin selamanya pkp ...

yup benar.. hidup kena diteruskan..
ramai yang tak dapat bekerja
tak ada kerja mana ada duit nak urus segala
family, rumah, kereta dan mcm2

tapi itulah dapat ke semua ikut SOP?
dah vaksin ke?
now nak masuk supermarket dan lain2
kena tunjuk kad dah vaksin
baru boleh masuk..

yang belum vaksin sabarrr

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075989 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list