CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1266|Reply: 1

[Sarawak] Balai Polis Satok ditutup sementara ekoran penularan COVID-19

[Copy link]
Post time 23-7-2021 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Balai Polis Satok ditutup sementara ekoran penularan COVID-19


KUCHING: Balai Polis Satok di sini kini ditutup sementara berikutan penularan COVID-19 dan mencetuskan Kluster Pagar Satok.


Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) yang berkata balai berkenaan ditutup sementara berkuatkuasa mulai 22 Julai sehingga 4 Ogos 2021.

"Setakat ini seramai 22 orang kena tahan (OKT) dan lapan anggota Balai Polis Satok terlibat telah dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi WhatsApp kepada Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini berhubung penutupan sementara Balai Polis Satok dari tempoh 22 Julai hingga 4 Ogos 2021.

Berkaitan Varian Delta melibatkan kes Kluster Pagar Satok itu, jelas beliau, KKM telah mengesahkan ia melibatkan seorang OKT kes indeks
"Tentang Varian Delta, KKM yang sahkan (melibatkan) seorang OKT kes indeks," dedahnya.

Pada Rabu, Pengarah Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera berkata, 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) dikesan di Sarawak.

Menurutnya, 76 kes baharu itu dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan Varian SAR-COC-2 yang menular di negeri ini yang mana sampel daripada kes-kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai, baru-baru ini.


utusan borneo 2021-07-23T16:39:51+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh sbb kes covid.. Ingatkan another disko balai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061628 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list