|
SONG JI-HYO
Sunyi punca Song Ji-hyo ambil alkohol
SEMUA orang punya cara tersendiri untuk menghilangkan rasa bosan dan sunyi, begitu juga dengan aktres Song Ji-hyo. Malangnya, Ji-hyo mengambil pendekatan yang merosakkan diri apabila menjadi pencandu minuman beralkohol bagi menghapus kesunyian.
Ji-hyo mendedahkan perkara berkenaan ketika muncul dalam video terbaharu saluran YouTube milik Kim Jong-kook.
“Sebenarnya saya rancang untuk pergi ke lokasi yang indah dan berbual sambil menikmati makanan yang lazat. Tapi tetamu undangan hari ini lewat dua jam. Sebab malam tadi dia ‘minum’,” kata Jong-kook.
Mendengar kata-kata Jong-kook, Ji-hyo kemudian membalas dengan pendedahan yang mengejutkan.
“Saya ‘minum’ sebab semalam saya rasa sunyi,” katanya.
Meskipun pendedahan sebegitu jarang dilakukan mana-mana selebriti demi menjaga imej, namun Ji-hyo memilih bersikap jujur dengan semua orang.
Pendedahan ahli program Running Man itu menerima pelbagai respons netizen yang beranggapan tindakannya mengambil minuman beralkohol bukannya sesuatu yang salah.
“Saya suka kejujuran Ji-hyo walaupun di hadapan kamera,” kata netizen.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|