CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1640|Reply: 1

Priyanka Chopra Harap hubungan diberkati

[Copy link]
Post time 5-7-2021 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Priyanka Chopra Harap hubungan diberkati


PRIYANKA tidak tertekan belum dikurniakan zuriat.
SEJAK mendirikan rumah tangga pada 2018, kebahagiaan pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas jelas terpancar dan masing-masing dilihat begitu romantis melayari kehidupan sebagai suami isteri.

Biarpun belum rezeki dikurniakan cahaya mata, namun pasangan itu dilihat tenang dan tidak terburu-buru memikirkan soal zuriat dalam kehidupan mereka.

Kata Priyanka, suami yang juga bekas anggota kumpulan Jonas Brothers adalah insan terindah dalam kehidupannya.

"Saat dia (suami) memberitahu bahawa saya sangat istimewa di hatinya, saya rasa sungguh bertuah.

"Kami saling mengenali antara satu sama lain dalam waktu yang singkat sebelum memutuskan untuk berkahwin," katanya.

Tambah Priyanka, dia berharap hubungannya dengan Jonas diberkati dan masing-masing saling mempercayai antara satu sama lain.

"Saya harap dia juga berfikiran sama dengan saya," katanya.



PRIYANKA mengakui bahagia melayari kehidupan bersama Jonas.
Bagi aktres berusia 38 tahun itu, penyatuan cinta yang wujud antara mereka sebelum berkahwin bukan ditakdirkan oleh pihak lain sebaliknya mereka saling berusaha untuk membina mahligai impian.

"Kami saling berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari. Tiada siapa yang memaksa untuk kami disatukan, walaupun media berusaha melakukan itu.

"Kami bersyukur apabila hubungan kami sentiasa positif dan berjalan seperti yang diimpikan," katanya lagi.

Priyanka bagaimanapun sedikit kecewa apabila pencapaian karier seninya dilenyapkan, berikutan tumpuan gosip pada kehidupan peribadinya.

"Saya rasa sangat kecewa apabila segala pencapaian yang diraih tidak mendapat perhatian, sebaliknya kisah gosip atau sisi baik dalam kehidupan saya yang membuatkan ramai pihak teruja.

"Tapi inilah lumrah dan perkara yang saya perlu hadam sepanjang bergelar selebriti. Saya perlu menerima hakikat bahawa peminat juga mahu mengetahui kehidupan peribadi saya," ujarnya.


PRIYANKA rasa bertuah ketika Nick maklumkan dia insan istimewa disisinya.

Bedah hidung

Siapa sangka, wanita jelita ini mengakui pernah menjalani pembedahan plastik untuk mengubah struktur dan bentuk hidungnya ketika berusia 19 tahun.

Bagaimanapun, pembedahan itu dianggap gagal kerana menyebabkan hidungnya kelihatan tidak cantik sehingga menjadi bahan ejekan orang ramai.

"Hidung saya kelihatan sangat pelik menyebabkan wajah saya nampak lebih hodoh daripada sebelumnya," katanya.

Priyanka mendedahkan perkara itu dalam bukunya berjudul Unfinished. Menurutnya, dia melakukan pembedahan pertama itu selepas disahkan ada ketumbuhan di dalam rongga hidungnya.

Rumah Mewah

Kejayaan dalam industri seni yang diraih Priyanka dan Jonas sememangnya tidak perlu disangkal lagi.

Maka tidak hairanlah, apabila pasangan selebriti itu mampu membeli rumah mewah berharga RM83 juta yang terletak di Los Angeles.

Baru-baru ini, Jonas menerusi Instagram miliknya berkongsi beberapa foto kawasan menarik di rumah itu.

Menurut portal Wall Street Journal, rumah agam berkenaan difahamkan memiliki tujuh bilik tidur dan berkeluasan 20,000 kaki persegi.



Sumber:https://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaa dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.074322 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list