CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 2

[Sarawak] Covid-19 27/06/2021

[Copy link]
Post time 27-6-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-6-2021 01:49 PM

COVID-19: 513 kes baharu, tiga kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 513 kes baharu COVID-19 hari dengan 333 atau 64.91 peratus daripada jumlah kes dikesan di lima daerah iaitu Sibu, Telang Usan, Bintulu, Kuching dan Bau.



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Sibu merekodkan 89 kes, Telang Usan (70), Bintulu (68), Kuching (63), Bau (43), Sri Aman (41), Miri (24), Sarikei (22), Song (11), Asajaya (11) dan Samarahan (9).
Manakala lain-lain kes dikesan di Tatau (8), Selangau (8), Pakan (8), Meradong (7), Serian (5), Subis (4), Kapit (4), Julau (3), Bukit Mabong (2), Mukah (2), Lawas (2), Pusa (2), Betong (2), Tebedu (1), Kanowit (1), Kabong (1), Sebauh (1) dan Simunjan (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 63,824.
“Daripada 513 kes baharu yang dilaporkan, 322 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 127 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 33 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 30 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan satu kes  Import B,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat tiga lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 bertambah kepada seramai 404 orang.
Ketiga-tiga kematian ini membabitkan dua lelaki dan seorang perempuan berumur antara 54 hingga 73 tahun dengan dua kematian dilaporkan di Hospital Miri dan satu di Hospital Bintulu.  
Dalam pada itu terdapat 384 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 52,609 orang.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,664 orang.
Manakala 513 PUI baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.




Utusan borneo 2021-06-27T18:02:38+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2021 09:52 PM | Show all posts
COVID-19: Tiada kluster baharu di Sarawak, 93 masih aktif

KUCHING: Tiada kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan 93 kluster masih kekal aktif.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata 16 daripada kluster aktif merekodkan 132 penambahan kes baharu manakala 77 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

“Penambahan kes tertinggi melibatkan Kluster Jalan Kidurong Lima di Bintulu iaitu sebanyak 42 kes, Kluster Lunyim, Telang Usan (39) dan Kluster Kampung Serikin, Bau (21).

“Lain-lain penambahan kes melibatkan Kluster Jalan sungai Antu, Sibu (6), Kluster Sungai Separai, Tatau (1), Kluster Sungai Kotak, Meradong (1), Kluster Kevok, Telang Usan (1), Kluster Quadruplex Lapan Enam, Miri (1), Kluster Lorong Perlis Empat, Miri, (4) dan Kluster Tebakang Dayak, Serian (1).


“Turut merekodkan penambahan kes Kluster Mongkos 2, Tebedu (1), Kluster Jalan Stampin, Kuching (1), Kluster Nanga Sejugam, Julau (3), Kluster Kampung Muara Tebas, Kuching (7), Kluster Gerigat, Kabong (1) dan Kluster Beladin, Pusa (2),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan penamatan Kluster Stunggang, Lundu setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

Dalam pada itu, daerah Kabong telah kembali ke status jingga hari ini daripada status merah setelah hanya merekodkan sejumlah 29 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah berkurang kepada 29 daerah dan daerah berstatus jingga sebanyak tiga daerah.

Daerah Dalat pula telah kembali ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan sejumlah hanya 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada tujuh daerah dan satu daerah iaitu Daro kekal berstatus hijau.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2021 09:55 PM | Show all posts
Empat rumah panjang antara lima lokaliti dikenakan PKPD

KUCHING: Empat buah rumah panjang dan sebuah kuarters pekerja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa antara 26 Jun hingga 14 Julai ini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata rumah panjang terlibat ialah Rh. Charlee Ujang, Sg. Sap di Tatau dan Rh. Sibat Agang, KM5, Jalan Samarakan Ulu Segan di Bintulu.

“Turut dikenakan PKPD Rh. Jerome, Sungai Kesa dan Rh. Jumbun, Simpang Koko di Sarikei serta Kuarters Ling Hock Transport Sdn Bhd di Bintulu,” katanya.

Sementara itu, PKPD di 17 lokati lain ditamatkan selepas tiada lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan.


Antara yang ditamatkan ialah PKPD bagi Rh. Gani, Sg. Jagit Kemedu Sare di Sarikei, Rumah Setinggan Sebatang Kelapa di Bintulu dan Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048652 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list