CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1558|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 26/06/2021

[Copy link]
Post time 26-6-2021 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-6-2021 11:25 AM

Kudat catat kes baharu tertinggi hari ini


MASIDI


KOTA KINABALU: Kudat mencatatkan kes baharu tertinggi COVID-19 hari ini dengan 56 kes diikuti Kota Kinabalu 29 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada hari ini juga Sabah secara keseluruhan mencatatkan sebanyak 189 kes baharu COVID-19.
Katanya, Sabah juga mencatatkan satu kluster baharu iaitu Kluster Tembok, Tawau.
"Daerah Kota Marudu turut mencatatkan 21 kes, Tawau 20 kes, Kota Belud 20 kes, Putatan 6 kes.

"Sementara Sandakan, Lahad Datu, Penampang dan Beaufort masing-masing mencatatkan lima kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Kunak dan Tuaran juga masing-masing mencatatkan empat kes sementara Ranau hanya tiga kes.
Katanya, daerah yang mencatatkan satu kes sahaja adalah Kinabatangan,Semporna, Pitas, Papar, Kalabakan dan Keningau.
"Telupid, Beluran, Tenom, Kuala Penyu, Tongod, Sipitang, Nabawan dan Tambunan pula tidak mencatatkan sebarang kes baharu," katanya





utusan borneo 2021-06-26T15:16:24+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2021 05:20 PM | Show all posts
95 peratus warga ATM sudah menerima vaksin


TURUN PADANG: Ismail menemui salah seorang penerima vaksin pada Program Vaksinasi Pandu Lalu TDM di Kem Lok Kawi di sini.


PERTAMA KALI: Suasana Program Vaksinasi Pandu Lalu TDM di Kem Lok Kawi yang pertama kali diwujudkan di negeri ini.

KOTA KINABALU: 95 peratus daripada jumlah keseluruhan pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri ini sudah menerima vaksin COVID-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya kira-kira 600 dos diperlukan bagi mencapai 99 peratus daripada keseluruhan warga ATM di Sabah.

“Kita mempunyai kira-kira 11,000 pegawai serta anggota ATM seluruh Sabah dan 10,400 daripada jumlah itu bersamaan 95 peratus sudah menerima vaksin.

“Kita memerlukan kira-kira 600 dos vaksin bagi memenuhi empat peratus untuk mencapai 99 peratus vaksin bagi keseluruhan warga ATM manakala satu peratus adalah baki kepada pegawai serta anggota yang melakukan tugas di luar kawasan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya pemberian vaksin kepada warga ATM adalah penting berikutan ATM yang akan berada di barisan hadapan negara jika berlakunya sebarang perkara tidak diingini dalam negara tambahan pula ATM kini terlibat dalam pelbagai operasi termasuk Ops Benteng, Sekatan Jalan Raya (SJR) mahupun penugasan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Katanya pemberian vaksin ini adalah bagi mencegah penularan serta jangjitan dalam kalangan warga ATM bagi memastikan penugasan menjaga kedaulatan negara dapat berjalan lancar.

Beliau berkata demikian semasa turun oadang melihat perkembangan Program Vaksinasi Pandu Lalu TDM di Kem Lok Kawi sempena lawatan kerja beliau di Sabah.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Bercakap mengenai program yang pertama kali seumpama di negeri ini, Ismail berkata 636 individu akan menerima vaksin termasuk 67 anggota ATM, 439 keluarga serta 69 kakitangan awam dan 61 anggota Askar Wataniah.

“66 petugas termasuk 18 vaksinator atau petugas menyuntik vaksin, empat pegawai perubatan serta 32 petugas kesihatan akan menjalankan proses vaksinasi di tiga saluran kenderaan yang menyediakan enam stesen keseluruhan.

“Selepas selesainya pemberian vaksin kepada warga ATM kita akan memasukkan Askar Wataniah dan Veteran Tentera serta orang awam selaras objektif pelaksanaan program iaitu bagi mempergiatkan proses vaksinasi secara sistematik dan selesa dengan kapasiti pelaksanaan yang lebih besar bagi merealisasikan imuniti kelompok negara selain menjimatkan masa proses pelaksanaan vaksin dijalankan.

“Melihat kepada sambutan yang memberangsangkan ini, pelaksanaan program seumpama ini akan dilaksanakan pada perigkat kedua di Kem Kabota, Tawau dan Kem Sri Kinabatangan, Sandakan secara serentak,” katanya.

Tambahnya pelaksanaan program ini bagaimanapun bergantung kepada penerimaan bekalan vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu katanya pihaknya akan meluaskan lagi Program Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Initiative (ACMVI) ke kawasan pedalaman lain selepas kejayaan pelaksanaan program terbabit di Long Pasia pada 24 hingga 25 Jun lalu.

“Sasaran CMVT akan diteruskan ke kawasan Kampung Inarad Tongod Telupid yang akan membabitkan 200 penerima vaksin Julai depan.

“Kita akan mengambil pendekatan pergi dari rumah ke rumah untuk memberikan vaksin kepada penduduk bagi memastikan setiap penduduk menerima suntikan dan dapat menghalang golongan antivaksin mempengaruhi penduduk lain,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 05:21 PM | Show all posts
SOP Solat Sunat Aidiladha perlu diterima secara positif


TEMURAMAH : Nizam ketika ditemui media, di sini hari ini.


TAWAU: Keputusan kerajaan negeri hanya membenarkan individu yang lengkap mengambil dua dos vaksin sahaja boleh menunaikan Solat Sunat Aidiladha di masjid perlu diterima secara positif.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Segala kesan risiko terhadap penularan wabak telah dinilai dan dikaji dengan fakta sebelum keputusan itu dibuat oleh pihak kerajaan.

“Sebab itu apabila KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi cadangan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) itu, kerajaan perlu laksanakan bagi membendung penularan wabak,” katanya.

Menurutnya, rakyat di negeri ini harus faham dan menerima keputusan itu kerana ianya dibuat untuk keselamatan semua masyarakat.

“Saya sangat menyokong usaha kerajaan berkenaan SOP itu demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha.

“Sekiranya wabak itu menular pada musim perayaan, maka kerajaan juga akan disalahkan kerana tidak mengambil jalan untuk mengatasi masalah tersebut,”katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Beliau berkata, masih ramai lagi dikalangan rakyat terutamanya mereka yang beragama islam tidak mahu mengambil vaksin COVID-19 kerana hasutan golongan anti vaksin.

“Saya berharap masyarakat di negeri ini khususnya umat islam perlu memberikan kerjasama untuk mengambil vaksin dan memahami tindakan kerajaan melaksanakan SOP tersebut,”katanya

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, SOP itu juga bukan hanya dibuat di negara kita sahaja.

“Malah, di negara Arab juga mengenakan SOP yang sama bahawa sesiapa yang mahu memasuki Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Pengambilan vaksin ini sangat perlu kerana semua negara juga menggalakkan rakyatnya menerima vaksin supaya wabak COVID-19 dapat diatasi,” katanya.

Beliau berharap rakyat jangan terhasut oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita negatif berkenaan SOP yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“SOP itu bukan untuk menyusahkan tetapi untuk keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat daripada terjangkit wabak COVID-19,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.227584 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list