View: 1508|Reply: 2
|
[Sarawak]
Covid-19 23/06/2021
[Copy link]
|
|
5,244 kes, termasuk 577 kes di Sarawak hari ini
KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 577 kes Covid-19 hari ini berbanding 507 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 61,566 kes setakat ini. Jumlah kes harian di negara ini pula ialah 5,244 kes menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 711,006 kes setakat ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,001 kes. Ia diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes, Sarawak (577), Kuala Lumpur (532), Johor (282), Pahang (245), Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159), Sabah (129), Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) dan Perlis (1).
sarawakvoice.com/2021/06/23
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Empat kluster baharu, satu berpunca aktiviti miring pra Gawai
KUCHING: Empat kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak iaitu Kluster Sungai Kotak, Meradong; Kluster Nanga Tada, Kanowit; Kluster Jalan Kuala Tatau,Tatau dan Kluster Tanjong Lelengau, Pakan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Sungai Kotak merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Kotak, Meradong.
Jangkitan ini merebak melalui upacara pengebumian, pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.
“Sejumlah 101 individu disaring dengan 34 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 25 kes didapati negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala Kluster Nanga Tada katanya, merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga rumah panjang di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit.
Perebakan jangkitan berlaku melalui aktviti miring pra Gawai pada 31 Mei 2021 serta pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk setempat sehingga jangkitan generasi kedua.
“Sejumlah 179 individu disaring di mana 107 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 70 kes didapati negatif dan dua kes lagi masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Sibu, Hospital Kanowit dan PKRC di daerah Kanowit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya.
Bagi Kluster Jalan Kuala Tatau pula, ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD di Jalan Kuala Tatau, Sungai Semanok, Tatau.
“Perebakan jangkitan berlaku melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk dengan sejumlah 29 individu disaring di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan tujuh kes masih menunggu keputusan makmal.
“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” kata Jawatankuasa itu.
Satu lagi kluster iaitu Kluster Tanjong Lelengau, katanya, merupakan satu kluster komuniti dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD di kawasan Tanjong Lelengau, Pakan.
Jangkitan merebak melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk dengan sejumlah 90 individu disaring di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 33 kes didapati negatif dan lima kes masih menunggu keputusan makmal.
“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk dan telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” jelasnya.
JPBNS turut memaklumkan penamatan empat kluster iaitu Kluster Tebedu Mawang, Tebedu; Kluster Nanga Skrang, Sri Aman; Kluster Bukit Temedak, Pakan dan Kluster Tanjung Bundong, Samarahan.
Penamatan keempat-empat kluster itu dibuat setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari.
“Jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 97 kluster dengan 18 kluster merekodkan 192 penambahan kes baharu manakala 79 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.
utusan borneo 2021-06-23T17:40:18+08:00 |
|
|
|
|
|
|
|
PKPD di lima lagi kawasan di Sarawak
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lagi lokaliti melibatkan rumah panjang negeri ini.
JPBNS berkata, antaranya Rh. Jampang, Kampung Munggu Sawa, Lingga, Sri Aman dan Rh. Wilson Bana, Kampung Po Ai, Sri Aman yang dikenakan PKPD bermula 23 Jun hingga 6 Julai 2021.
“Manakala Rh. Jilap, Batu 6, Jalan Engkamop di Pakan dikenakan arahan PKPD berkuatkuasa 23 Jun hingga 9 Julai 2021.
“Turut dikenakan PKPD bermula 24 Jun hingga 7 Julai 2021 ialah Rh. Thomas, Nyelutong, Betong dan Rh. Ajong, Tembawai Pok, Saratok,” katanya.
Arahan PKPD itu dibuat bagi mengekang penularan COVID-19.
Sementara itu, JPBNS memaklumkan penamatan PKPD di Kampung Sinar Budi, Kuching dan Rh. Ayu, Sungai Stok, Sarikei bermula 23 Jun 2021.
Manakala, PKPD bagi Rh. Ubil, Semukau; Rh. Ranggi, Nanga Bekakap dan Rh. Ko, Genega, yang kesemuanya di Pakan ditamatkan berkuatkuasa 24 Jun 2021.
utusan borneo 2021-06-23T18:09:26+08:00 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|