CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 0

[Sarawak] Hanya warganegara boleh dapatkan suntikan vaksin di PPV - Masing

[Copy link]
Post time 20-6-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Hanya warganegara boleh dapatkan suntikan vaksin di PPV - Masing


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (gambar) hari ini menegaskan bukan warganegara tidak boleh pergi ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.


Beliau menjelaskankan pendekatan 'suntik dahulu, daftar kemudian' hanya diguna pakai untuk rakyat Malaysia di luar bandar atau pinggir bandar yang tidak mendapat akses kepada aplikasi mudah alih MySejahtera atau liputan internet yang lemah.
"Saya mencadangkan kepada aktivis sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk dapatkan fakta yang betul sebelum membuat andaian mengenai SOP (prosedur operasi standard) program vaksinasi Sarawak.
"Harap maklum, bukan warganegara tidak boleh datang ke mana-mana PPV dan berharap untuk mendapatkan suntikan (vaksin COVID-19)," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata di kawasan-kawasan berhampiran sempadan negara, suntikan vaksin hanya diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang tepat setelah diteliti oleh agensi-agensi relevan seperti Pejabat Residen, Pejabat Daerah penghulu, tuai rumah, ketua kaum atau wakil rakyat.

Penelitian ini perlu ujarnya kerana kerajaan menyedari terdapat mereka yang lahir di Sarawak tetapi masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri.
"Kita tidak mahu meminggirkan mereka daripada mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
"Jika perhatian khusus tidak diberikan kepada pendekatan ini, kita mungkin berdepan situasi bukan warganegara yang memasuki negara dari sempadan menggunakan jalan tikus untuk mendapatkan suntikan vaksin...Ini akan memusnahkan sumber kita," tegasnya.
Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perlindungan Baram Philip Jau mendakwa beberapa petani ditolak vaksinasi di klinik kerajaan Long San di daerah Baram.
Beliau mendakwa telah menerima banyak laporan daripada penduduk setempat yang mengatakan mereka dilarang memasuki klinik sekiranya mereka tidak membawa MyKad mereka.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Sabtu menegaskan Jabatan Kesihatan Miri menafikan dakwaan tersebut.
Uggah berkata, "Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Raviwharmman Packierisamy telah menafikan dakwaan dengan mengatakan pihaknya mempunyai mekanisme untuk menangani bagi mereka yang tidak memiliki MyKad yang datang untuk vaksinasi.
"Namun beliau akan menyiasat mengenai perkara ini," katanya.


Utusan borneo 20/06/2021





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.503056 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list