View: 1706|Reply: 6
|
[Sarawak]
Covid-19 20/06/2021
[Copy link]
|
|
5293, Sarawak 661 kes hari ini
KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,293 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 696,408 kes setakat ini. Sarawak mencatatkan 661 kes baharu menjadikan keseluruhan 59,800 kes berbanding semalam 59,139 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,680 kes. Negeri Sembilan (693), Sarawak (661) dan Johor (627). Selain itu Kuala Lumpur (379), Perak (205), Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Penang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (4) dan Perlis (2)
https://sarawakvoice.com/2021/06/20
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PKP dah buat kes ttp dlm lingkungan 5k..ermm |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm tu lah
Pkp 1.0 hari tu ketat skit
Mungkin sebab tu kot
Mcm kat swk sabah ni ada kluster raya gawai pesta keamatan
Kluster jalan2, lepak2 dan kluster tempat kerja
Raya haji tak lama lagi
Kalo tak ikut sop sia2 jerlah
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak rekod 661 kes baharu, dua lagi kematian
KUCHING: Sarawak mencatatkan 661 kes baharu COVID-19 dengan sejumlah 389 kes daripadanya dikesan di daerah Sibu, Kuching, Bintulu, Subis dan Miri, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini.
Jawatankuasa menerusi kenyataan, berkata Sibu merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 134 kes diikuti Kuching (88), Bintulu (72), Subis (52), Miri (43), Mukah (31) dan Sri Aman (31).
Lain-lain kes dikesan di Julau (29), Tatau (26), Samarahan (23), Kapit (20), Bau (19), Serian (15), Meradong (14), Sarikei (12), Song (10), Selangau (9), Kanowit (8), Simunjan (5), Sebauh (5), Lundu (3), Pusa (3), Asajaya (2), Bukit Mabong (2), Telang Usan (1), Tebedu (1), Tanjung Manis (1), Saratok (1) dan Dalat (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 59,800 setakat ini.
“Daripada 661 kes baharu yang dilaporkan, seramai 58 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
“Manakala, seramai 553 orang adalah terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan dua lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.
Kes kematian itu katanya,melibatkan dua wanita masing-masing berumur 47 tahun yang meninggal di Hospital Miri dan 38 tahun di Hospital Sibu. “Ini sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat seramai 380 orang di negeri ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, terdapat 485 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,120 orang. Manakala, 661 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
Utusan borneo 2021-06-20T17:25:05+08:00
|
|
|
|
|
|
|
|
11 lagi rumah panjang dikenakan PKPD
KUCHING: Sebanyak 11 kawasan yang kesemuanya melibatkan rumah panjang di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah itu, satu rumah panjang yang dikenakan PKPD bagi tempoh 18 Jun hingga 1 Julai 2021 ialah Rh. Buli Amit, Sungai Semanok di Tatau.
“Manakala tiga rumah panjang yang dikenakan PKPD bagi tempoh 19 Jun hingga 2 Julai 2021 adalah Rh. Salang Unsa, Sg. Separai, Tatau; Rh. Dayang Serang, Batu 34, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu dan Rh. Ricky Amin, Sg Kelawit, Tatau.
“Dua lagi rumah panjang yang turut dikenakan PKPD bagi tempoh 19 Jun hingga 5 Julai adalah melibatkan kawasan Pakan iaitu Rh. Ijau, Sg. Kusing dan Rh. Lawang, Sg. Kura, Pakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, kata JPBNS, dua rumah panjang di Sarikei dikenakan PKPD bermula 20 Jun hingga 6 Julai.
Rumah panjang terlibat ialah Rh. Jawa, Sungai Selangan dan Rh. John, Sg. Minus Jakar.
“Turut dikenakan PKPD bermula 21 Jun hingga 7 Julai 2021 ialah Rh. Assun Simpang Koko Sg. Paoh dan Rh. Man, Simpang Koko Sg. Paoh, yang kesemuanya di Sarikei.
“Manakala satu lagi rumah panjang dikenakan PKPD ialah Rh. Ulen Segaya, Nanga Tekalit, Tatau yang akan bermula dari 20 Jun hingga 3 Julai 2021,” jelasnya.
JPBNS turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD di tujuh kawasan di negeri ini.
Antaranya ialah Rh. Bala Umba, Batang Oya; Rh. Tulu Sli, Batang Oya; Rh. Duah Entingi, Batang Oya, Rh. Balin Gema, Batang Oya, SK St Luke, Batang Oya dan KK Nanga Baoh, Batang Oya.
“Kesemua enam kawasan di Dalat ini akan melanjutkan tempoh PKPD bermula 20 Jun hingga 4 Julai 2021.
“Sementara satu lagi kawasan yang PKPD dilanjutkan ialah Blok D,G,H,I,O dan Q RPR Bandaria Park, Bintulu bermula 20 hingga 26 Jun 2021,” katanya.
Dalam pada itu, Jawatankuasa tersebut juga menamatkan tempoh PKPD di enam kawasan di negeri ini, mulai hari ini.
Enam kawasan itu ialah Rh. Entu Klampu, Engkelili, Sri Aman; Rh. Laka, Kampung Upik Lingga, Sri Aman; Rh. Tuntun, Kampung Seduku Ili, Lingga, Sri Aman; Rh. Gading, Kampung Ran Ulu, Sri Aman; Rh. Entu Klampo, Engkelili, Sri Aman dan Rh. Abong Madang @ Medan, Nanga Tekalit, Tatau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 20-6-2021 08:35 PM
Hurm tu lah
Pkp 1.0 hari tu ketat skit
Mungkin sebab tu kot
Sbb sektor ekonomi still berjalan.. Tgklah kilang baper byk yg kena..
Ni belum lagi kluster2 lain..
Raya Haji nanti pon kita berkurung jugak lah jawab ya..
Tapi mesti ada yg degil yg nak berziarah jugak tu, atas alasan dah duduk satu taman/kampung.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bila la nak habis kalo mcm ni
Sebab tu kalo boleh cepat2 register ambik vaksin
Tak sabar covid ilang kat dunia ni
Setahun lebih dah tak jalan2 ni
Kita org mmg keja hari2
Tapi sentiasa jaga sop
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|