Remaja perempuan selisih maut
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Keadaan kereta yang terbabas dan terbalik akibat kemalangan terbabit.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]
MIRI: Seorang remaja perempuan nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di Jalan Miri-Bintulu berhampiran Tamu Muhibbah di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan terbabit kira-kira jam 6.13 pagi. "Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati ada kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 19 tahun. "Kemalangan mengakibatkan tembok tepi jalan pecah dan sebuah kereta yang diparkir di sebalik tembok terkena impak dari kemalangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media. Law berkata setelah pemeriksaan dibuat, tiada operasi dijalankan kerana mangsa terbabit dikeluarkan oleh orang awam dan hanya mengalami trauma lalu diserahkan kepada pihak ambulans. "Anggota bomba hanya menutup minyak yang tumpah di atas jalan dengan menggunakan pasir di sekitar kejadian," ujarnya.
utusan borneo 2021-06-20T10:24:34+08:00
|