CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 0

[Sarawak] JPBNS teliti tatacara kemasukan ke Sarawak

[Copy link]
Post time 20-6-2021 10:17 AM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti tatacara kemasukan ke negeri ini.


Ini berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa pindaan ke atas Garis Panduan Pengendalian COVID-19 di Malaysia susulan dari perkembangan semasa situasi COVID-19 di dalam dan luar negara.
Juga susulan perubahan tatacara berkaitan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 bagi pengembara dan anak kapal/krew yang tiba melalui pintu masuk antarabangsa.
"JPBNS mengambil maklum pindaan tersebut dan sedang meneliti tatacara kemasukan ke Sarawak bersama Jabatan Kesihatan Negeri serta memantau perkembangan semasa situasi COVID-19 bagi menyelaraskan tatacara bagi mereka yang ingin pulang ke Sarawak dari luar negara (transit di Semenanjung Malaysia).
"Sehingga keputusan lanjut dibuat, semua pengembara dari luar negara harus mematuhi arahan terkini yang ditetapkan oleh KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBNS, bagi mereka yang telah melengkapkan tempoh kuarantin wajib dan calitan pada hari ke-10  atau ke-18 negatif, serta pulang ke Sarawak pada hari yang sama dalam tempoh 24 jam, dibenarkan masuk ke Sarawak dan akan dikuarantin di stesen kuarantin sehingga swab ulangan pertama di Sarawak adalah negatif.
Mengikut tatacara terkini Garis Panduan Pengendalian COVID-19, semua pengembara dari luar negara yang tiba ke Malaysia adalah diwajibkan untuk menjalani ujian RT-PCR COVID-19.
Selain itu, katanya, mereka perlu menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari / 21 hari (jika pulang dari negara India, Nepal, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh) di "Point of Entry" / destinasi ketibaan pertama (Negeri) sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Negeri lain.
"Mereka juga perlu mematuhi tatacara kemasukan yang telah ditetapkan oleh Negeri ketibaan seterusnya," ujarnya.


utusan bornoe 2021-06-18T17:52:42+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.356916 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list