View: 2620|Reply: 8
|
[Sabah]
Hujahan peguam mengenai UN satu penghinaan, guris masyarakat KDMR
[Copy link]
|
|
Hujahan peguam mengenai UN satu penghinaan, guris masyarakat KDMR
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]RICHARD MAZAGI
PITAS : Persatuan Rungus Pitas Sabah (PISAAN) menyelar hujahan mahkamah seorang peguam yang menyamakan pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan dengan ‘persembahan lembu eksotik' dan ‘acara lelong’.
Presiden PISAAN Richard Mazagi (gambar) dalam kenyataan media hari ini berkata hujahan tersebut merupakan penghinaan yang sangat menyakitkan dan mengguris ramai orang di kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR).
“Acara Unduk Ngadau Kaamatan merupakan satu platform untuk menonjolkan gadis-gadis KDMR yang menjadi simbolik kepada peringatan mitos Huminodun.
“Mitos di sebalik acara Unduk Ngadau Kaamatan bukanlah cerita yang boleh dijadikan bahan lawak atau penghinaan kerana ia melibatkan satu pengorbanan yang besar iaitu nyawa seorang gadis, demi mengeluarkan umat manusia dari kelaparan.
“Masyarakat Rungus di daerah Pitas sangat kesal dengan hujahan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenyataan melampau yang tidak menghormati budaya dan wanita KDMR,” katanya.
Menurut Richard, penganjuran Unduk Ngadau sejak tahun 60an telah melahirkan ramai wanita berjaya dan mereka bukan sahaja memperkasa wanita lain dari pelbagai aspek, namun telah menjadikan pertandingan tersebut sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.
“Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik tradisi yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan meletakkan Sabah di peta dunia.
“Hujahan yang menghina Unduk Ngadau ini sangat keterlaluan, dan kami menggesa peguam terbabit menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.
“Kami juga berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran untuk semua pihak agar menghormati wanita dan tidak menghina budaya KDMR,” katanya.
utusan borneo 2021-06-13T16:46:00+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aktivis budaya kecam peguam samakan Unduk Ngadau dengan 'persembahan lembu eksotik'
Aktivis kebudayaan Sabah mengecam bahagian dalam satu penghujahan mahkamah, di mana peguam membandingkan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan "persembahan lembu eksotik" (exotic cattle show) dan "acara lelong" (auction show).
Aktivis Shireen Sikayun membangkitkan bahagian dalam penghujahan mahkamah dalam kes cabul Phillip Among @ Daniel Dell Fidelis - seorang ahli politik dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah.
Penghujahan itu ditulis oleh peguam Phillip, Marcel Jude.
"Dalam masyarakat pelbagai budaya kita, seseorang perlu bersikap sensitif terhadap perasaan masyarakat lain.
"Bagi seorang yang lahir dan membesar di Sabah, kenyataan itu adalah mengejutkan, merendahkan maruah dan langsung tidak sensitif kepada perasaan orang asal, sedangkan dia (Marcel) adalah orang tempatan yang sepatutnya sering berinteraksi dengan mereka," kata Shireen dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Ketika dihubungi, Shireen yang merupakan seorang peguam dan presiden Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (Pusaka), berkata penghujahan itu dikongsikan di kalangan peguam di Sabah.
Malaysiakini telah melihat salinan penuh dokumen itu yang dimuat naik bekas Adun Moyog, Jennifer Lasimbang di Facebook.
Shireen Sikayun
Menurut dokumen itu yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Marcel berkata, "Pertandingan UNK (Unduk Ngadau) bukan tentang wanita. Ia hanya pertandingan, ia tidak merangkumi semua wanita, tanpa mengira apakah bakat, kemahiran, pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi tidak lebih sebagai persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong.
"Tiada apa yang hebat (outstanding) tentang wanita-wanita ini dan ada lebih ramai wanita hebat di luar tetapi mereka tidak dapat menjadi peserta.
"UNK adalah satu imbauan kembali zaman lalu di mana wanita hanya objek nafsu yang peragakan dalam sebuah persembahan," katanya.
Malaysiakini difahamkan salinan fizikal dokumen tersebut telah diserahkan kepada mahkamah.
Unduk Ngadau adalah acara kebudayaan yang diadakan sempena pesta menuai, atau Tadau Kaamatan, di Sabah.
Penghujahan ringkas telah dibaca di mahkamah ketika permohonan ikat jamin Phillip di depan Majistret Jessica Ombou Kakayun di Kota Kinabalu pada 10 Jun lalu.
Phillip Among
Ketika dihubungi, Marcel berkata, "Berhati-hati bila kaitkan saya dengan sebarang dokumen yang anda temui...tanya rakan sekerja anda (wartawan) tentang apa yang sebenarnya saya katakan di mahkamah.
"Jangan salah petik saya. Saya akan beri kenyataan bila tiba masanya," katanya lagi.
Marcel juga meningatkan tentang kemungkinan pelanggaran peraturan sub judice melibatkan ulasan berkaitan dengan prosiding yang sedang berjalan di mahkamah.
Bagaimanapun Shireen berkata soal sub judice tidak timbul memandangkan ikat jamin Phillip telah didengar di mahkamah.
Phillip, 52, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencabul peserta ratu cantik tempatan dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi perempuan.
Dia yang merupakan penyelaras Parlimen Putatan Star didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan pertama, Phillip dilaporkan dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita pada 17 April lalu, kira-kira jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di Kota Kinabalu.
Pertuduhan kedua hingga kelima pula membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi wanita yang juga peserta Unduk Ngadau di empat lokasi berasingan pada 19 Mei lalu.
Susulan penghujahan Marcel, mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan. Phillip dikenakan ikat jamin RM8,000 untuk setiap pertuduhan, dengan dua penjamin tempatan.
malaysiakini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WANITA PKR KECAM PEGUAM BANDING UNDUK NGADAU DENGAN PERSEMBAHAN LEMBU
KOTA KINABALU: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengecam kenyataan peguam Marcel Jude yang disifatkan sebagai sangat biadab.
Tindakan peguam itu membandingkan acara tradisi Unduk Ngadau dengan ‘persembahan lembu eksotik’ agak biadap dan tidak menghormati budaya masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).
Hujah itu digunakan di mahkamah dalam kes cabul membabitkan Phillip Among, seorang ahli politik dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR).
Ketua Penerangan Wanita PKR Sabah Artini Ali Taugan berkata, sebagai seorang peguam, Marcel sepatutnya lebih bijak dalam berkata-kata apatah lagi jika ia berkaitan sensiviti kaum dan agama.
“Sebagai anak Sabah, beliau sepatutnya memahami sifat majmuk masyarakat Sabah yang menghormati adat pelbagai suku yang ada di negeri ini.
“Berdasarkan dokumen yang tular di media sosial itu, Marcel menyatakan ‘pertandingan Unduk Ngadau (UNK) bukan tentang wanita. Ia hanya pertandingan, ia tidak merangkumi semua wanita, tanpa mengira apakah bakat, kemahiran, pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi tidak lebih sebagai persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong.
“Tiada apa yang hebat tentang wanita-wanita ini dan ada lebih ramai wanita hebat di luar tetapi mereka tidak dapat menjadi peserta. UNK adalah satu imbauan kembali zaman lalu di mana wanita hanya objek nafsu yang peragakan dalam sebuah persembahan.
“Kenyataan ini jelas merupakan penghinaan kepada acara kebudayaan serta bersifat seksis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Unduk Ngadau adalah acara kebudayaan yang diadakan sempena pesta Kaamatan atau pesta menuai dan merupakan salah satu identiti negeri di bawah bayu ini.
Kenyataan biadab ini satu penghinaan kepada suku KDMR dan penghinaan kepada semangat (roh) Huminodun.
Marcel Jude mewakili Philip Among yang merupakan bekas penyelaras STAR Parlimen Putatan atas empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi wanita.
borneotoday 13/06/2021 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
melampau nya membuat perbandingan seperti itu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak dah cerita kat fb...
malas nak share sini..
letak tu pun rasa satu penghinaan jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Samakan Unduk Ngadau Dengan ‘Pertunjukan Lembu’, Peguam Bekas Pemimpin STAR Kena Hentam
KOTA KINABALU: Peguam mewakili bekas pemimpin STAR yang menghadapi lima pertuduhan mencabul kehormatan, baru-baru ini, mendapat kecaman hebat selepas nota penghujahan permohonan ikat jamin yang disediakannya tular di media sosial.
Dalam notanya yang tersebar luas itu, Marcell Jude, mewakili bekas penyelaras STAR kawasan Parlimen Putatan, Phillip Among, dipercayai memperlekehkan pertandingan Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun sempena sambutan Pesta Kaamatan.
Nota berkenaan dipercayai digunakan Jude di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk penghujahannya bagi memohon mengurangkan jumlah wang ikat jamin yang dikenakan ke atas Among.
Among berdepan lima pertuduhan mencabul kehormatan dua wanita, termasuk empat pertuduhan membabitkan seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kesemua kenyataan dalam nota berkenaan ada disebut semasa prosiding mahkamah yang berlangsung pada Khamis lalu itu.
Beberapa kenyataan dalam nota berkenaan seperti menyamakan pertandingan Unduk Ngadau dengan ‘pertunjukan lembu’ juga tidak pernah dilaporkan oleh mana-mana media berhubung kes mahkamah terbabit.
Sementara itu, Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi berkata, beliau bagi pihak parti kesal dengan usaha berterusan beberapa pihak yang mengaitkan parti itu dengan beberapa kes jenayah termasuk kes membabitkan Among serta Jude.
“Jelas sekali terdapat usaha untuk mensabotaj parti oleh kumpulan tertentu yang cemburu dengan kekuatan dan kedudukan STAR.
“Tetapi kami tahu kedua-dua kes itu tidak akan mencemarkan nama parti hanya kerana STAR ada kaitan dengan dua individu terbabit.
”Mengenai kedudukan dan masa depan Jude dalam STAR, saya sebagai setiausaha agung memberi jaminan bahawa jawatankuasa disiplin parti akan segera bermesyuarat untuk memutuskan tindakan apa yang harus diambil, sesuai dengan perlembagaan parti,” katanya.
Dalam pada itu, sekurang-kurang satu laporan polis telah dibuat terhadap Jude, baru-baru ini, termasuk oleh seorang wanita bernama Susan Tonggolou.
Beliau membuat laporan itu selepas ternampak nota penghujahan Jude yang dimuat naik di laman Facebook ‘Orang Putih Kita’. – FMT
13/06/2021 - by Sabah Post |
|
|
|
|
|
|
|
KDCA Gesa Peguam Tarik Balik Kenyataan Menghina Unduk Ngadau, Mohon Maaf
Pengerusi Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazadudun (KDCA), Joanna Kitingan menyifatkan kenyataan itu hanya untuk mengalihkan isu sebenarnya dan mencari kesalahan peserta Unduk Ngadau serta jawatankuasa penganjur.
KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazadudun (KDCA), Joanna Kitingan meminta peguam yang mewakili bekas pemimpin STAR supaya menarik balik kenyataannya yang menghina pertandingan ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau.
Katanya, peguam terbabit juga perlu meminta maaf kepada semua peserta Unduk Ngadau, jawatankuasa penganjur Pesta Kaamatan peringkat negeri, masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) serta seluruh rakyat Sabah.
”Kami meminta beliau (Jude) menarik balik kenyataannya itu dan meminta maaf sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya.
”Majlis Wanita KDCA mempunyai jawatankuasa perundangan yang akan menilai kes berkenaan sebelum memberi nasihat kepada kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Kitingan yang juga pengerusi penganjur Unduk Ngadau peringkat negeri berkata, apa yang telah diperkatakan oleh Jude mengenai Unduk Ngadau dalam nota penghujahannya di mahkamah, baru-baru ini, jelas merendahkan, menghina serta memfitnah semua peserta Unduk Ngadau.
”Apa yang diperkatakan oleh beliau (Jude) hanyalah kerana mahu mengalihkan isu sebenarnya dan cuba untuk mencari kesalahan peserta Unduk Ngadau serta jawatankuasa penganjur,” katanya.
Baru-baru ini, Jude dikecam hebat selepas nota penghujahan permohonan ikat jamin yang didakwa disediakannya tular di media sosial.
Dalam nota yang tersebar luas itu, beliau yang mewakili bekas penyelaras STAR Parlimen Putatan, Phillip Among, dilihat memperlekehkan pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun sempena sambutan Pesta Kaamatan.
Nota berkenaan dilaporkan digunakan Jude di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk penghujahannya bagi memohon mengurangkan jumlah wang ikat jamin yang dikenakan ke atas Among.
Among berdepan lima pertuduhan mencabul kehormatan dua wanita termasuk empat pertuduhan membabitkan seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kesemua kenyataan dalam nota berkenaan ada disebut semasa prosiding mahkamah yang berlangsung pada Khamis lalu.
Beberapa kenyataan dalam nota berkenaan seperti menyamakan pertandingan Unduk Ngadau dengan ‘pertunjukan lembu’ juga tidak pernah dilaporkan oleh mana-mana media berhubung kes mahkamah terbabit.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Wanita PKR Sabah, Artini Ali Taugan berkata, sebagai seorang peguam, Jude sepatutnya lebih bijak dalam berkata-kata lebih-lebih lagi sekiranya ia berkaitan dengan sensitiviti kaum dan agama.
Katanya, sebagai seorang anak Sabah juga, Jude sepatutnya memahami sifat majmuk masyarakat Sabah yang menghormati adat pelbagai suku yang ada di negeri itu.
”Kenyataan ini jelas penghinaan kepada acara kebudayaan serta bersifat seksis.
”Unduk Ngadau acara kebudayaan sempena pesta Kaamatan atau pesta menuai dan salah satu identiti negeri di bawah bayu ini.
”Kenyataan biadab ini satu penghinaan kepada suku kaum KDMR dan penghinaan kepada semangat Huminudon,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Jude memberitahu FMT beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada jam 2 petang, esok. – FMT |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam Hina Unduk Ngadau Perlu Dikenakan ‘Sogit’ – Pairin
KOTA KINABALU: Peguam Marcel Jude Joseph perlu dihadapkan ke Mahkamah Anak Negeri dan dikenakan ‘sogit’ kerana didakwa telah mengabaikan serta melanggar adat istiadat masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM), kata Presiden Persatuan Budaya Kadazandusun (KDCA), Joseph Pairin Kitingan.
Pairin yang juga Huguan Siou atau pemimpin tertinggi KDM berkata, Jude bukan saja secara langsung telah menyinggung perasaan KDCA tetapi juga telah menyinggung perasaan pelbagai pihak.
Katanya, ia susulan kenyataan Jude yang menghina pertandingan ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dalam nota hujahnya ketika memohon pengurangan jumlah wang ikat jamin bekas pemimpin STAR yang menghadapi lima pertuduhan mencabul kehormatan di mahkamah.
”Pertamanya, laporan polis harus dibuat terhadap tindakannya itu bagi memastikan polis mencatatkan kenyataannya yang tidak boleh dimaafkan itu.
”Kedua, KDCA boleh mengambil tindakan terhadap Jude yang dilihat berniat jahat kerana memalukan persatuan ini selain memperlekehkan KDCA dengan cara yang tidak sepatutnya sehingga mencemarkan nama persatuan,” katanya dalam kenyataan.
Sogit adalah satu bentuk pampasan yang diperuntukan dalam Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri Sabah) 1995 sekiranya berlaku pelanggaran adat.
Terdahulu, Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun bersama Pengerusi Majlis Wanita dan Belia persatuan itu, Joanna Kitingan serta Steve Johnny Mositun membuat laporan polis terhadap Jude di Balai Polis Penampang, petang tadi.
Suman berkata, laporan polis itu dibuat susulan kenyataan Jude yang menyamakan pertandingan Unduk Ngadau dengan pertunjukan lembu eksotik.
”Sejak timbulnya kenyataan itu, yang jelas menunjukkan satu kenyataan provokasi terhadap masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR), KDCA telah mendapat aduan yang merupakan bantahan daripada semua lapisan KDMR terhadap kenyataan peguam itu dan mahu tindakan diambil,” katanya.
Terdahulu, hari ini, Jude memohon maaf kerana penghujahannya yang didakwa telah menyinggung serta menyakitkan hati ramai pihak.
Peguam yang mewakili Phillip Among dalam kes mahkamah itu berkata, dia memohon maaf kerana nota hujahnya yang menyamakan acara ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dengan ‘persembahan lembu eksotik’ (exotic cattle show) dan ‘acara lelong’ (auction show).
Saya, Marcel Jude Joseph, dengan ikhlas dan sepenuh hati memohon maaf atas bahagian dalam penghujahan mahkamah yang telah menyinggung dan menyakitkan (pihak yang berkaitan).
“Maka di sini saya membuat permohonan maaf ikhlas ini kepada semua Unduk Ngadau di seluruh Malaysia, dari permulaan acara ratu Kaamatan Unduk Ngadau sehingga untuk tahun 2021,” katanya. – FMT
14/06/2021 - by Sabah Post |
|
|
|
|
|
|
|
Samakan Unduk Ngadau Dengan ‘Persembahan Lembu Eksotik’, Paguam Mohon Maaf Kepada KDMR
KOTA KINABALU : Peguam kepada Philip Among, Marcel Jude memohon maaf kepada komuniti Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) atas bahagian dalam penghujahan mahkamahnya yang menyamakan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” dan “acara lelong”.
Marcel adalah peguam yang mewakili Philip ahli politik daripada Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) yang berdepan pertuduhan cabul.
“Saya, Marcel Jude Joseph, dengan ikhlas dan sepenuh hati memohon maaf atas bahagian dalam penghujahan mahkamah yang telah menyinggung dan menyakitkan (pihak yang berkaitan).
“Maka di sini saya membuat permohonan maaf ikhlas ini kepada semua Unduk Ngadau (pemenang acara tersebut) di seluruh Malaysia, dari permulaan acara ratu cantik Kaamatan Unduk Ngadau sehingga untuk tahun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Marcel berkata, permohonan maaf itu ditujukan kepada ahli jawatankuasa penganjur tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya; ahli jawatankuasa perayaan Kaamatan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, semua pihak terlibat dalam penganjuran acara itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1960, serta semua orang Kadazandusun Sabah.
Dia juga memetik kenyataan yang dibuat Pengerusi Majlis Wanita Kadazandusun Joanna Kitingan semalam, yang menyifatkan kenyataan Marcel sebagai “merendahkan maruah, menghina, memfitnah dan tidak sensitif” terhadap budaya masyarakat itu.
Menurut Marcel, pihak pendakwaan telah meminta ikat jamin sebanyak RM100,000 dan maka dia melakukan yang terbaik agar majistret Jessica Ombou Kayakun menetapkan jumlah yang lebih rendah.
“Perenggan yang menyinggung, seperti didakwa Joanna Kitingan, dibuat atas tujuan dalam perbicaraan mahkamah. Ia tidak dibuat dengan sebarang niat jahat, niat provokasi atau untuk menyakitkan. Ia dibuat untuk membela anak guam saya.
“Sebagai peguam, saya perlu bertindak sebaik mungkin untuk anak guam, seperti yang dirasakan bersesuaian,” katanya lagi.
Marcel berkata dia tidak boleh menarik balik penghujahan bertulisnya kerana ia adalah res judicata, iaitu sebahagian daripada prosiding mahkamah yang telah ditetapkan dan hanya hakim yang boleh menentukan sama ada untuk menerimanya atau tidak.
Katanya, walaupun perenggan yang dibangkitkan itu ada dalam penghujahan bertulis, dia tidak membacanya ketika di mahkamah, seperti didakwa Joanna.
Susulan penghujahan Marcel, mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan. Phillip dikenakan ikat jamin RM8,000 untuk setiap pertuduhan, dengan dua penjamin tempatan.
Phillip, 52, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencabul peserta ratu cantik tempatan dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi perempuan.
14/06/2021 - by Sabah Post |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|