|
KOTA SAMARAHAN: Dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kota Samarahan menjadi 'bidan terjun' apabila membantu seorang wanita melahirkan anak di dalam kereta ketika Sekatan Jalan Raya(SJR) di Expressway Kuching - Samarahan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, yang sarat mengandung dan mahu melahirkan anak bersama suaminya berusia 28 tahun yang memandu kereta Viva dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) melalui SJR berkenaan pada jam 11.50 malam.
"Ketika tiba dekat lampu isyarat menghampiri SJR Expressway, isteri kepada pemandu kereta tersebut hendak bersalin di dalam kereta.
"Suami wanita itu yang dalam keadaan panik terus memandu melawan arus ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan/
Katanya, setibanya di SJR, Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, mendapati wanita tersebut telah melahirkan anak.
"Anggota kita membantu menyambut kelahiran bayi yang lehernya terbelit dengan tali pusat.
"Kebetulan Koperal Perakson Jennie, 40, yang baru hendak melapor untuk bertugas jam 12 tengah malam membantu menyelimut bayi berkenaan yang menangis kesejukan menggunakan kain tuala yang dibawa.
Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan lanjut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|