View: 1198|Reply: 3
|
[Sarawak]
Covid-19 07/06/2021
[Copy link]
|
|
COVID-19: 703 kes baharu, empat kematian dilaporkan di Sarawak hari ini
KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 703 kes baharu dengan empat lagi kematian melibatkan jangkitan COVID-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata 346 atau 346 atau 49.21 peratus daripada jumlah kes baharu hari ini dikesan di daerah Kuching, Miri dan Tanjung Manis. Menurutnya, daerah Kuching dan Miri merekodkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu masing-masing 139 diikuti Tanjung Manis (68), Kapit (58), Sibu (55), Bintulu (52), Song (49), Samarahan (25), Kabong (17), Sebauh (16), Beluru (16), Subis (9), Kanowit (8), Tatau (8), Mukah (7), Asajaya (6), Selangau (6), Sri Aman (5), Telang Usan (4), Dalat (3), Serian (3), Marudi (3), Bukit Mabong (2), Sarikei (2), Meradong (2) dan Betong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 51,87 dan daripada 703 kes baharu yang dilaporkan, seramai 39 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan, katanya.
"Hari ini terdapat empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 326 orang.
"Kes kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusis 63 tahun dari Sri Aman, kes kedua lelaki 72 tahun tahun dari Kapit, manakala kes ketiga membabitkan wanita berusia 62 tahun dari Mukah dan keempat mangsa dari Miri, seorang lelaki berusia 50 tahun," katanya. JPBNS juga melaporkan pada hari ini terdapat 513 kes baharu COVID-19 telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat ini 42,358 orang atau 81.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital seramai 9,078 orang, tambahnya. "703 PUI baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal," katanya.
sumber : utusan bornoe 2021-06-07T17:35:34+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Empat kluster COVID-19 diisytihar di Sarawak, satu melibatkan sambutan Gawai
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini mengisytiharkan empat kluster baharu COVID-19 iaitu dua di daerah Miri, satu masing-masingnya di daerah Sebauh dan Sibu.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster baharu diisytiharkan hari ini ialah Kluster Jalan Airport, Miri yang merupakan kluster tempat kerja dikesan melibatkan beberapa buah rumah kediaman tempat kerja di Jalan Airport, Miri.
JPBNS berkata kluster berkenaan berpunca dari pergerakan sosial dan pergaulan rapat dalam kalangan penghuni di rumah kediaman tersebut
"Sejumlah 122 individu disaring 12 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 103 kes negatif dan tujuh masih menunggu keputusan makmal," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Satu lagi kluster tempat kerja diisytiharkan hari ini ialah Kluster Jalan Ilmu, Miri, melibatkan sebuah premis makanan dan hiburan di Jalan Ilmu, Miri yang berpunca dari pergerakan sosial melibatkan pekerja dan pengunjung premis tersebut.
Sejumlah 242 individu disaring, 24 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 208 negatif dan 10 kes masih menunggu keputusan makmal, tambahnya.
"Kluster Jalan Masket pula kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Batu 8, Jalan Masket, Nibongmali, Sebauh iaitu melalui pergaulan sosial dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut.
"Sejumlah 45 individu disaring, 17 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 23 negatif dan lima lagi masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini dirujuk ke Hospital Bintulu dan dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
"Ladang tempat kerja kes indeks dan rumah panjang tersebut juga diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi mengawal perebakan jangkitan ke kawasan lain," jelasnya.
Mengenai Kluster Sungai Durin, JPBNS berkata ia adalah kluster komuniti juga melibatkan sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Durin, Sibu yang melibatkan perkumpulan beberapa penduduk rumah panjang tersebut sempena malam menjelang sambutan Hari Gawai pada 31 Mei 2021.
Sejumlah 52 individu disaring, 22 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 30 kes didapati negatif.
"Rumah panjang tersebut juga diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi mengawal perebakan jangkitan ke kawasan lain, " tambahnya.
JPBNS berkata JKNS pada hari ini juga mengisytiharkan tiga kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini iaitu, Kluster Abok Bon di Subis, Kluster Ulu Anap di Tatau dan Kluster Singgahsana Lodge di Kuching
Manakala jumlah kluster yang masih aktif sebanyak 77 kluster dengan 13 daripadanya merekodkan 89 penambahan kes baharu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Enam lagi rumah panjang di Sarawak dikenakan PKPD
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam rumah panjang dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negeri ini.
JPBNS dalam kenyataannya berkata rumah panjang baerkenaan ialah Rh. Abong Madang @Medan, Nanga Tekalit, Tatau (4 hingga 17 Jun); Rh.Clement Bayang, KM30, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu; Rh.Setinggan Batu 6, Bintulu; Rh Bruen Kampung Banting, Sri Aman (6 hingga 19 Jun); Rh. Entu Klampu, Engkilili, Sri Aman; dan Rh. Jeffery Mangan, Nanga Entabai Julai (7 hingga 23 jun).
"JPBNS pada hari ini juga memutuskan PKPD turut dilaksanakan di kuarters pekerja Woodman Plantation Sdn Bhd, Semanok Estate, Tatau dan kuarters pekerja Kem Gabong Trading, Tatau masing-masing dari 4 hingga 17 Jun 2021," katanya.
Sementara itu PKPD di lima lokaliti iaitu Rh. Aling Kampung Selepong Lop, Sri Aman; Rh. Johnson Kampung Seduku, Sri Aman; Blok A, RPR Bandaria Park, Bintulu; kuarters pekerja Harwood Timber Sdn Bhd, Bintulu dan Rh. Sylvester Sg Sian, Bintangor, Meradong ditamatkan.
Dalam perkembangan sama, JPBNS berkata tiada zon hijau COVID-19 di negeri ini dan daerah Julau telah bertukar ke status jingga daripada status merah setelah merekodkan hanya 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga pada hari ini sebanyak empat iaitu Julau, Simunjan, Saratok dan Pusa.
"Daerah Song pula pada hari ini telah bertukar ke status merah daripada status jingga setelah merekodkan sejumlah 80 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
"Jumlah daerah berstatus merah sebanyak 28 daerah. Manakala, lapan daerah iaitu Belaga, Telang Usan, Lawas, Daro, Tebedu, Limbang, Matu dan Lundu kekal berstatus kuning," katanya.
Mengenai kompaun yang dikeluarkan kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JPBNS berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 70 kompaun.
JPBNS berkata daripada jumlah itu 15 dikeluarkan di daerah Bintulu, Kuching (11), Miri (10), Sibu (8), Sarikei (8), Lawas (6), Dalat (3), Kapit (3), Bau (3), Serian (1), Kota Samarahan (1) dan Padawan (1) kerana telah melanggar SOP.
Notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya membawa penumpang melebihi had dibenarkan, berada di tempat awam selepas jam pukul 10 malam, berkumpul di tempat awal melebihi dua orang, tidak memakai pelitup muka dan membuka premis tidak dibenarkan semasa PKP, katanya.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,321," katanya.
Sementara itu, JPBNS berkata Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 15 kompaun atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mengemaskini buku daftar/buku daftar tidak lengkap, tidak mendaftar MySejahtera, tidak menggunakan pelitup muka dan membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sejak 1 Februari 2021 hingga 7 Jun 2021 sebanyak 914 kompaun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|