CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 2

Bapa Oki Setiana Dewi meninggal dunia dalam tidur

[Copy link]
Post time 5-6-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Momen hiba Oki di pusara bapanya selepas majlis pengebumian.

Bapa Oki Setiana Dewi meninggal dunia dalam tidur

JAKARTA – Bapa kepada pelakon dan pendakwah terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi iaitu Sulyanti Sastromartoyo dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tidur di rumah akibat serangan jantung, semalam.

“Semua terjadi sangat cepat dan tidak disangka-sangka. Dua hari yang lalu saya masih menelefon Papa dan berencana (merancang) mengajaknya untuk periksa ke rumah sakit (hospital). Semalamnya pun Ibu masih makan malam bersama Papa.

“Papa (panggilan untuk bapa) wafat (meninggal dunia) saat tidur dan ibu baru tahu di pagi harinya. Ibu tak memberitahu pada kami, anak-anaknya. Ibu hanya mengatakan papa sejuk dan akan dibawa oleh ambulans ke hospital,” tulis Oki menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Sewaktu diberitahu keadaan bapa, Oki mulanya berharap semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Awalnya Oki merasakan dirinya sangat kuat dan boleh menangkan ibu dan adik-adiknya, namun ternyata dia juga berasa sedih selepas dimaklumkan tentang pemergian bapanya.

“Saya fikir sayalah yang paling tabah dan boleh menenangkan ibu dan adik-adik. Ternyata saya orang yang terjatuh saat doktor memberitahu bahawa papa sudah tiada. Ibu yang membangunkan saya.

“Saya baru tahu bahawa papa ternyata telah meninggal dunia berjam-jam yang lalu ketika sedang tidur kerana serangan jantung,” kata Oki.

Menerusi entri tersebut Oki berkongsi foto keadaan di dalam masjid ketika bapanya sembahyangkan.

Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu bersyukur bapanya pergi dalam keadaan tenang dan jenazahnya disembahyangkan oleh jemaah yang ramai.

“Hari ini berlangsung cepat dan mudah. Papa meninggal dunia di hari Jumat. Saat kami memandikan, tubuhnya bersih dan terlihat tenang, seperti sedang tertidur .

“Papa disolatkan orang soleh dan dikebumikan bersebelahan dengan masjid,” kongsinya. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.
Lembut je muka oki ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. moga ditempatkan arwah bersama para solihin. Suka tgk dia cantik bersih je muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.042934 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list