CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1444|Reply: 6

[Sarawak] Covid-19 01-02/06/2021

[Copy link]
Post time 2-6-2021 10:36 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 703 kes baharu, enam kematian di Sarawak


KUCHING: Sarawak merekodkan 703 kes baharu COVID-19 hari ini dengan sejumlah 458 kes dikesan di Daerah Kuching, Bintulu dan Miri.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daerah Kuching merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 218 diikuti Bintulu (142), Miri (98), Sibu (40), Marudi (32), Kapit (31), Samarahan (16), Beluru (13), Serian (12) dan Betong (10).
Manakala lain-lain kes dikesan di Bukit Mabong (8), Subis (8), Sarikei (8), Tatau (7), Sri Aman (7), Meradong (7), Selangau (6), Lubok Antu (6), Tanjung Manis (5), Matu (4), Pakan (4), Lawas (4), Kabong (3), Sebauh (3), Mukah (3), Kanowit (2), Limbang (2), Asajaya (1), Song (1), Dalat (1) dan Simunjan (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat 48,032 setakat ini.

“Daripada 703 kes baharu yang dilaporkan, seramai 93 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 539 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
JPBNS turut memaklumkan terdapat enam kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian di Sarawak meningkat seramai 300 orang.
“Kesemua enam kes kematian melibatkan lima lelaki dan seorang perempuan berumur antara 27 hingga 77 tahun.
“Daripada enam kematian, dua masing-masing meninggal di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu manakala satu masing-masing di Hospital Bintulu dan Hospital Mukah,” katanya.
Dalam pada itu  terdapat 362 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 8,301 orang.
Sementara seramai 703 individu disyaki (PUI) baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

utusan borneo 01/06/2021






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2021 10:38 PM | Show all posts
COVID-19: 588 kes baharu, lima kematian hari ini

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 588 kes baharu COVID-19 dengan 48.30 peratus daripadanya dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sarikei dan Sibu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah itu, Kuching merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 106) diikuti Miri (67), Sarikei (61), Sibu (50), Samarahan (41), Tatau (38) dan Bintulu (35).

Lain-lain kes dikesan di Selangau (24), Asajaya (23), Sri Aman (22), Kapit (21), Bau (18), Beluru (11), Simunjan (11), Kanowit (10), Betong (7), Pakan (6), Marudi (6), Pusa (5), Subis (5), Dalat (5), Meradong (4), Mukah (4), Serian (3), Lundu (3) dan Sebauh (2) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 48,620.

“Daripada 588 kes baharu yang dilaporkan, seramai 70 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 481 orang kes adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan terdapat lima lagi kes kematian membabitkan tiga perempuan dan dua lelaki berumur antara 64 hingga 83 tahun.

Ini menjadikan jumlah kematian di Sarawak meningkat seramai 305 orang setakat ini.

Daripada lima kematian ini, dua masing-masing meninggal di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri manakala m di Hospital Kapit.

Terdapat 427 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 8,456 orang.

Manakala, seramai 588 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

utusan borneo 02/06/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 10:40 PM | Show all posts
COVID-19: Enam kluster baharu diisytihar di Sarawak hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini mengisytiharkan enam lagi kluster baharu COVID-19 di negeri ini dengan tiga dikesan di Daerah Miri manakala masing-masing satu di Mukah, Tatau dan Selangau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya berkata daripada enam kluster tersebut Kluster Bunut, Mukah, Kluster Jalan Brooke, Miri, Kluster Jee Cattleya, Miri, Kuster Jalan Pinang Riam, Miri, Kluster Sungai Penyarai, Tatau dan Kluster Nanga Meruan, Selangau.

JPBNS juga memberitahu tiga daripada kluster berkenaan merupakan kluster komuniti dan tiga lagi kluster tempat kerja.

Menjelas lanjut JPBNS berkata Kluster Bunut, Mukah kluster komuniti dikesan di Kampung Bunut, Mukah yang telah merebak melalui pergerakan sosial dan aktiviti berziarah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

"Kluster ini setakat hari ini telah melibatkan beberapa buah keluarga di Kampung Bunut, Taman Crystal dan Kampung  Sungai Alo di Mukah. Sejumlah 166 individu telah disaring.

"30 kes  dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 88 kes didapati negatif dan 48 kes masih menunggu keputusan makmal.Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu, Hospital Mukah serta dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," katanya.

Manakala Kluster Jalan Brooke, Miri adalah  kluster tempat kerja yang dikesan dalam kalangan peniaga-peniaga pasar awam di Jalan Brooke, Miri.

Kes indeks kepada kluster katanya ini merupakan seorang lelaki berusia 65 tahun yang dikesan melalui saringan pra kemasukan ke wad Hospital Miri setelah dibawa oleh orang awam ke Jabatan Kecemasan dan Trauma,  pada 17 Mei 2021 setelah mengalami kecederaan akibat terjatuh dan disahkan positif COVID-19 pada 18 Mei 2021.

"Sejumlah 116 tekah disaring 15 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 48 kes didapati negatif,  dan 53 kes masih menunggu keputusan makmal," jelasnya.

Kluster Jee Cattleya, Miri juga merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan dalam kalangan pekerja sebuah kedai perabot yang terletak di Jalan Jee Foh 8 dan sebuah gudang beras di Jalan  Cattleya 2B, Miri.

Menurut JPBNS kes indeks kepada kluster ini ialah merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikesan melalui saringan pra perjalananmerentas zon ke daerah Bintulu di sebuah hospital swasta di Miri pada 05 Mei 2021.

"Satu lagi kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Pinang Riam, Miri yang dikesan dalam kalangan pekerja sebuah premis restoran makanan segera di Jalan Miri-Bintulu, Riam, Miri.

"Sejumlah 129 individu telah disaring, lima kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 106 kes negatif dan lapan kes masih menunggu keputusan makmal," katanya.

JPBNS berkata Kluster Sungai Penyarai, Tatau merupakan satu kluster komuniti yang  dikesan sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Penyarai, Ulu Kakus, Tatau.

Sejumlah 109 individu telah disaring daripada jumlah itu, 27 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 40 negatif dan 42 lagi masih menunggu keputusan makmal,' jelasnya.

"Kluster Nanga Meruan, Selangau, kluster komuniti ketiga diisytihar hari ini, melibatkan sebuah rumah panjang di kawasan Nanga Meruan,  Dijih, Selangau yang membabitkan aktiviti upacara pengebumian yang telah berlangsung pada 15 dan 16 Mei 2021 yang lalu.

"Sejumlah 115 individu telah disaring, 34 dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 81 negatif," tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 10:44 PM | Show all posts
Tiada pelanggaran SOP semasa sambutan Hari Gawai setakat semalam



KUCHING: Tiada kompaun dikeluarkan berhubung perayaan Hari Gawai di Daerah Kuching setakat malam Selasa (1 Jun), kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Ahsmon Bajah (gambar).

Menurutnya, pegawai dan anggotanya memang menjalankan pemantauan dan rondaan agar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi semasa perayaan itu,

“Saya berharap masyarakat tidak melupakan undang-undang yang ada ketika merayakan perayaan Hari Gawai dalam keadaan pandemik COVID-19 ini. Utamakan keselamatan diri dan keluarga supaya kita senang untuk meraikan perayaan ini,” ujar beliau kepada pemberita selesai meninjau sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang di sini, pada malam Selasa.

Dalam pada itu Ahsmon memberitahu polis telah meningkatkan pemantauan di kawasan kilang sekitar Kuching susulan terdapat aduan kilang-kilang beroperasi ketika PKP.

Beliau menjelaskan, pasukan pemantauan yang terlibat telah ditingkatkan semenjak PKP dilaksanakan.

“Saya percaya daripada masa ke semasa, pasukan kita bersama dengan agensi yang ada bersedia untuk mempertingkatkan jangkauan pemeriksaan sekiranya kita mendapat maklumat dan ada keperluan,” ujar beliau.

Tambah Ahsmon, pihaknya menerima maklumat pada Isnin yang mengatakan terdapat satu kilang beroperasi semasa PKP 3.0 ini.

“Ada maklumat kita terima dan apabila kita proses (periksa), kilang-kilang itu merupakan sektor yang dibenarkan beroperasi.

“Kita kena faham di bawah PKP 3.0 ada industri-industri yang dibenarkan untuk beroperasi bahkan ia adalah satu keperluan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa pihak polis bersama dengan agensi-agensi lain di bawah JPBNS akan memastikan tindakan diambil terhadap pihak atau individu yang ingkar.

Ketika ditanya pemberita sama ada polis kini mengenakan pendekatan secara nasihat ataupun terus mengeluarkan saman beliau berkata, perkara ini dapat dilihat dengan sangat jelas dalam garis panduan PKP.

Polis dibenarkan untuk mengambil tindakan dari segi perundangan dan kompaun boleh dikeluarkan atas kesalahan membabitkan individu, berkumpulan, ataupun kepada syarikat-syarikat.

“Pendekatan yang kita buat selama ini menasihat dan ia merupakan satu pendekatan yang baik dan kita amalkan.

“Tetapi sampai satu masa, pihak polis dan agensi penguatkuasa perlu bertegas untuk memastikan kepatuhan kepada PKP 3.0 supaya kita seterusnya dapat menjayakan usaha yang telah digariskan oleh kerajaan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 10:52 PM | Show all posts
PKPD di 10 lagi kawasan di Sarawak

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas 10 lagi lokasi di seluruh negeri ini.


Arahan PKPD ini dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi mengekang penularan COVID-19.
PKPD ini melibatkan Kampung Sindang Baru, di Samarahan dan Kampung Tanjung Kelaso, di Asajaya dari 28 Mei hingga 10 Jun 2021.
Manakala Rh. Sewa (atas kedai DD Mart) Sg Plan, Bintulu dan Kuarters Pekerja Almabumi Plantation, Ladang Bukit, Ulu Sebauh, Bintulu  diarahkan menjalani PKPD dari 29 Mei hingga 11 Jun 2021.
“Arahan PKPD ini juga melibatkan Foreign Lodge, Blok E9, Samalaju Industrial Park, Bintulu dan Local Lodge LL4, Bintulu dari 30 Mei hingga 12 Jun 2021,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini

Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Stakan Melayu, Samarahan dan Kampung Darat, Gerigat, Kabong berkuatkuasa 2 hingga 15 Jun 2021.
Bagi PKPD melibatkan Kampung Bunut, Mukah dan Rh. Undum anak Anchih, Sg. Duan, Mukah katanya, adalah bermula dari 3 hingga 16 Jun 2021.
JPBNS turut memaklumkan penamatan PKPD di lapan lokaliti di negeri ini.
Antaranya ialah Rh. Brandah Tg Rirang, Sri Aman; Rh. Nyandang, Nanga Lasi, Julau dan Rh. Ayup, Nanga Lassi Mit, Julau yang kesemuanya ditamatkan PKPD pada 31 Mei 2021.
Manakala PKPD bagi Rh. Bantan, Sg. Langit, Betong; Rh. Empaling, Jelang, Spak, Betong; Kampung Hulu, Spaoh, Betong dan Rh. Ely, Kerangan Langgir Wat, Pakan ditamatkan hari
ini.
Bagi SK Bakerkong di Tanjung Manis pula, kata JPBNS, ditamatkan pada 2 Jun 2021.
Sementara itu, Jawatankuasa itu memaklumkan sebanyak tiga rumah panjang dilanjutkan PKPD melibatkan Rh. Tiut anak Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Tatau (30 Mei hingga 12 Jun 2021); Rh. Resa Empelanjau, Bakong, Lingga, Sri Aman (1 hingga 14 Jun 2021) dan Rh. Wun anak Ering, Tanjung Manis (3 hingga 16 Jun 2021)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 01:48 AM | Show all posts
Sarawak kesan Covid-19 varian B.1.523

KUCHING: Sarawak mengesan kes Covid-19 membawa varian B.1.523 yang turut dikenali sebagai varian Nigeria, atau Eta, selepas perubahan nama terakhir, susulan analisis genomik terkini.

Namun, Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian belum lagi mendedahkan dari daerah mana kes itu tercetus, sambil menunggu siasatan lanjut.

Melalui media sosialnya, terdapat sekurang-kurangnya tiga varian asing dikesan di negeri ini, termasuk kes B.1.52.

“Kita di Sarawak perlu menyuntik seramai mungkin penduduk di negeri ini, secepat mungkin,” katanya.

“Kita perlu lakukannya bagi mengelak mutasi Covid-19 dan varian baharu muncul di negeri ini. Kita perlu wujudkan kekebalan kelompok, dan kita perlu segera mencapainya,” jelas beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Sarawak mempunyai tujuh kes varian B1.351, dan 12 daripada varian P.3. Varian P.3 v ditemui di Filipina, yang mencetuskan mutasi berganda.

Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan 588 kes positif Covid-19.

sarawakvoice 02/06/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2021 01:51 AM | Show all posts
Masing: Sarawak perlu buka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19



KUCHING: Sarawak perlu menubuhkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di kawasan yang berhadapan dengan peningkatan kes positif Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata ia boleh ditubuhkan di Kapit, Bintulu, Miri dan kawasan lain yang berhadapan dengan isu tersebut.

“Di kapit, PKRC perlu ditubuhkan di kawasan sekitar empangan Baleh, di mana kluster Covid-19 dikesan.

“Ia akan mengurangkan tekanan penggunaan Dewan Suuarah untuk kes positif Covid-19 dan dengan cara ini juga kita dapat mengasingkan kes positif dan bukan positif, sekali gus memutuskan rantaian Covid-19 ,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, bahagian Kapit akan berhadapan masalah kekurangan fasiliti sekiranya trend Covid-19 terus meningkat.

“Dewan Suarah dan Stadium Tertutup digunakan untuk menempatkan mereka yang positif manakala individu di bawah siasatan (PUI) ditempatkan di Asrama Belia dandn Rumah Temuai.

“Sehubungan itu, purata kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Kapit adalah 130 kes setiap hari,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, bagi kes yang serius ia ditempatkan di Hospital Kapit yang kini juga penuh.

“Dewan Suarah dan Stadium Tertutup Kapit juga akan kehabisan ruang untuk kes positif Covid-19 tidak lama lagi,” tegasnya.

Dalam hal berkaitan, beliau juga menyeru agar semua pihak berusaha keras untuk memastikan program vaksinasi berjalan lancar untuk mewujudkan imuniti yang besar.

“Dengan membina PKRC dan usaha agresif untuk vaksinasi, kita akan melawan Covid-19 menerusi dua perkara tersebut.

“Selain itu, dengan cara tersebut kita berada di posisi yang lebih baik untuk memerangi pandemik dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau juga menyatakan, sekiranya terdapat Covid-19 dalam masa terdekat pihaknya akan menggunakan bangunan tersebut untuk tujuan lain.

“Wang ini dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan PKRC di kawasan zon Merah,” tegas beliau lagi.

sarawakvoice

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 3.395085 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list