CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5131|Reply: 30

[Sarawak] PKP Seluruh SARAWAK

[Copy link]
Post time 27-5-2021 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 27-5-2021 06:23 PM
Lintas langsung pengumuman sedang berjalan ...
blom tau lagi keputusan ...

Ura2 PKP penuh bagi seluruh SARAWAK bermula 29 Mei sehingga 11 Jun 2021


Update sebentar lagi ...



KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak ingin memaklumkan bahawa kes yang dilaporkan hari ini mencatatkan jumlah kes harian kedua tertinggi sejak penularan pandemik iaitu sebanyak 772 kes baru COVID-19 di seluruh Sarawak. Ini menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak berjumlah 44,738 kes.

I. Peningkatan Kes Positif Harian
Hari ini juga, kita telah merekodkan jumlah kes kematian disebabkan jangkitan COVID-19 yang paling tinggi, iaitu 9 kes. Jumlah kematian telah meningkat dari purata 1 kematian sehari pada bulan Mac (jumlah 29 kematian), kepada purata 2 kematian sehari pada bulan April (69 kematian). Manakala, bagi bulan Mei (setakat 27 Mei 2021), sebanyak 91 kes kematian telah dilaporkan (purata 3 kematian sehari).
Peningkatan kes harian COVID-19 yang ketara ini telah dikesan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan ziarah Hari Raya - di mana sejak dari 9 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021, sejumlah 3,272 kes telah dilaporkan (purata 467 kes sehari).
Kejadian kes COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan peningkatan dari purata 467 kes sehari ke 520 kes sehari pada minggu seterusnya dan setakat 27 Mei 2021, sejumlah 3,118 kes dengan purata 623 kes sehari telah dilaporkan.

II. Kekangan Barisan Hadapan Dan Fasiliti Kesihatan
Trend kes positif harian yang masih tinggi ini memberikan cabaran dan kekangan kepada fasiliti kesihatan dan pasukan barisan hadapan di Sarawak.
Kapasiti katil ICU di Sarawak sekarang berada di paras kritikal di mana sebanyak 81 kes COVID-19 masih dalam keadaan kritikal di wad ICU termasuk 31 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 714 rumah panjang telah diletakkan di bawah Lockdown / PKPD dalam tahun ini, di mana 98 rumah panjang masih di bawah PKPD. Semua aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ini memerlukan penggunakan sumber tenaga barisan hadapan yang ramai bagi mengawal lokasi PKPD.

A. Pengistiharaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Sarawak telah mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan SOP yang telah diperketatkan lagi sejak 12 Mei 2021.
Namun, kes masih meningkat dan sebahagian besar kluster yang tercetus timbul berikutan pematuhan SOP yang lemah, terutamanya semasa Hari Raya Aidilfitri baru baru ini.
Mengambil kira situasi COVID-19 di Sarawak yang semakin meruncing, situasi fasiliti kesihatan yang kritikal, dan tambahan lagi dengan varian baru (VOC) yang telah dikesan di Sarawak baru-baru ini, kita perlu mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mengawal jangkitan COVID-19 sekarang, sebelum kita berada di situasi yang lebih parah lagi.

Dengan ini, JPBN Sarawak telah memutuskan untuk mengistiharkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak bagi tempoh 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021.

Garis Panduan (SOP) yang lebih ketat di bawah PKP dan kawalan pergerakan dalam tempoh beberapa minggu amat penting bagi membantu mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di Sarawak.

I. Nasihat Kepada Orang Ramai
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) ingin menasihatkan kepada orang ramai, terutamanya mereka yang akan menyambut Hari Gawai agar mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.
Sambutlah Gawai dengan ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja atau di “bilik” (Rumah Panjang) masing-masing atau mengunakan teknologi berhubung secara maya.
Jangan balik rumah panjang atau kampung, duduk di rumah sahaja, jangan melakukan sebarang aktiviti ziarah atau ‘ngabang’, jangan berkumpul di suatu tempat atau ruai, usah menganjurkan aktiviti sabung ayam, dan sentiasa mematuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan.
Semua ini adalah kerana kita menyayangi dan ingin melindungi keluarga, jiran dan rakan kita. “Budaya, Tradisi, Adat dan Identiti kita tidak akan hilang tanpa meraikan perayaan tahun ini.”
Saya menyeru agar orang ramai memahami dan menyokong tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Sarawak.
Pengorbanan yang dibuat sempena sambutan perayaan kali ini adalah untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang.
Bersimpatilah juga dengan semua petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa virus ini tanpa mengira cuti atau perayaan.
Kami berharap dengan kerjasama daripada semua rakyat, kita boleh membendung jangkitan ini dalam tempoh PKP ini.

II. Daftar Program Imunisasi Covid-19
JPBN juga menyeru kepada orang ramai yang belum berdaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 agar bertindak segera dengan membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, laman web JKJAV atau menghubungi Pejabat Daerah berdekatan.
Kami amat memerlukan kerjasama daripada semua warga di Sarawak agar kadar imuniti kelompok yang mencukupi boleh dicapai bagi membendung jangkitan COVID-19 di Sarawak.
Saya berharap orang ramai terus bersabar dan memberi kerjasama kepada pihak penguatkuasa dan terus bertanggungjawab terhadap kesihatan diri untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak.

Walaupun kurang meriah perayaan tahun ini. Yang penting kita SELAMAT dan MASIH HIDUP!
Mudah-mudahan kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 dengan segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2021 05:31 PM | Show all posts
ades ...
tak dengar pa2 takat ni


https://www.facebook.com/tvstvmy/videos/1386909121664517

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 05:35 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 05:37 PM | Show all posts
Negara Bintulu dari marek mcm2 sop nang Bintulu Al SurpriseUjung2 PKP
Yahhh ritok esok semua org pegi beli brg keperluan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 05:37 PM | Show all posts
memula tadik cam urang berbisit2 jak


pasya ilang terus

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 05:38 PM | Show all posts
Vellfire replied at 27-5-2021 05:37 PM
Negara Bintulu dari marek mcm2 sop nang Bintulu Al Surprise
Negara Kapit juak aman2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2021 05:38 PM | Show all posts
Rata-rata rakyat Sarawak setuju dan menyokong PKP d buat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 05:40 PM | Show all posts
Vellfire replied at 27-5-2021 05:37 PM
Negara Bintulu dari marek mcm2 sop nang Bintulu Al SurpriseUjung2 PKP
Yahhh ritok esok semua org pe ...
kmk urang cam biasa jak...
dah pernah lalui PKP mula2 dolok... xda lah maok rushing bebena ...
relax2 udah ...
asal beras tepung minyak ada


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sopnya..cam kat sgor ni ke...canner???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 05:48 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-5-2021 05:45 PM
sopnya..cam kat sgor ni ke...canner???
lom ada yang sahih ...

takat ura2 ja ada ... tapi tak berani la nak update ...
kang silap


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 05:55 PM | Show all posts
confirm lah rasa nya sebab dari FB rasmi Dr. Sim Kui Hian



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
confirmed kot...r2d2..dh buka thread psl ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 06:29 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-5-2021 06:24 PM
confirmed kot...r2d2..dh buka thread psl ni.
dah confirm ... cuma SOP nya blom ada lagi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 06:30 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 05:10 AM | Show all posts
Skuau replied at 27-5-2021 05:45 PM
sopnya..cam kat sgor ni ke...canner???
SOP lom kuar lagi...
tunggu arini ... kata nya ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 05:21 AM | Show all posts


SOP PKP Sarawak yang rasmi hanya dikeluarkan esok hari ( hari ini 28/05/2021 ). Abaikan SOP yang telah ditularkan oleh individu yang tidak bertanggunjawab di sosial media seperti facebook dan Whatsapp



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2021 03:51 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 03:52 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 03:56 PM | Show all posts


credit : UKAS



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 03:57 PM | Show all posts


credit : UKAS



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 1.357044 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list