View: 1828|Reply: 9
|
Megadeth pecat David Ellefson
[Copy link]
|
|
Megadeth pecat David Ellefson
DAVID Ellefson, pemain bass Megadeth.
Los Angeles: Kumpulan thrash metal popular dunia, Megadeth memecat pemain bass, David Ellefson berhubung tuduhan membabitkan skandal seks.
Ellefson yang menubuhkan Megadeth bersama penyanyi dan pemain gitar, Dave Mustaine pada 1983 dituduh cuba menggoda gadis bawah umur secara dalam talian.
Mustaine dalam satu kenyataan semalam berkata, Eleffson bukan lagi anggota Megadeth.
"Kami mengumumkan David Ellefson tidak lagi bersama Megadeth dan kami sudah berpisah secara rasmi.
"Ini bukan keputusan yang mudah. Walaupun kami tak tahu sepenuhnya apa yang terjadi, tetapi dengan hubungan yang semakin renggang, semua ini sudah cukup untuk kami tidak bekerjasama lagi," katanya.
Sementara itu, pemain bass berusia 56 tahun itu menafikan tuduhan itu menerusi Instragram.
Katanya, tuduhan itu adalah niat buruk pihak ketiga yang mahu merosakkan reputasi, kerjaya dan keluarganya.
Ellefson yang menubuhkan Megadeth bersama Mustaine di Los Angeles kekal bersama kumpulan sebelum keluar pada 2002. Dia kemudian kembali bersama Megadeth pada 2010.
Megadeth yang memiliki 16 album studio dan terjual lebih 38 juta unit di seluruh dunia diiktiraf antara kumpulan thrash metal terbaik atau 'the big four' bersama Metallica, Anthrax dan Slayer.
Selain Mustaine dan Ellefson, ia turut dianggotai Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram).
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Anthrax tu masih aktif ke?yg tau ..slayer tu dah pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
meh pindah sini meh
sini pedo hidup aman2 je |
|
|
|
|
|
|
|
abang aku dulu obses dengan Anthrax. di mana mana mana saja dia conteng logo Anthrax.
kat baju la. kat beg la. kat kasut pun dia lukih logo Anthrax.
tak faham aku
|
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 28-5-2021 12:06 PM
abang aku dulu obses dengan Anthrax. di mana mana mana saja dia conteng logo [/backcol ...
Maksudnya abg2 kita ni minat thrash metal la tu.aku setakat metallica boleh la terjebak minat sama.yg lelain tu sorry laa..too heavy |
|
|
|
|
|
|
|
terlebih minat gamaknya.
samalah sebab aku cuma boleh minat kalau penyanyi tu nyanyi sebut sebutir2 aku faham.
heavy sangat aku tak faham.
konsert metallica dengan bon jovi aku ada gi tapi konsert anthrax dorang nak buat kat menara pgrm tu entah apa citer.
tapi memang taklah aku nak gi.
dan sebab abang aku jugaklah aku tak minat lagu melayu sebab dia merengsa dengan lagu melayu.
kami tak sedar diri kan
|
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 28-5-2021 12:22 PM
terlebih minat gamaknya.
samalah sebab aku cuma boleh minat kalau penyanyi tu nyanyi sebut sebut ...
Weiiii kita sama laaa.aku pun penah tgk konsert metallica,bon jovi.bon jovi tu tgk masa 1st time diorg dtg sini..tgk dgn kakak.bon jovi ni puncanya kakak aku minat.aku pun ikut sama.abg tak minat .metallica tu aku pegi sorang2.yg 'punca' tak pegi...setakat ambik aku kt station bas memlm buta ... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 kita ada bertembung bahu kan
bon jovi aku gi yang 2015
naik lrt je sebab dekat
dahlah beli tiket ngalahkan nak beli dadah
kena gi amek tiket kat kedai kaset ceruk manantah
berani ko gi sensorang
aku pulak konsert the cranberries je acah2 nak gi sorang sebab sorang habuk tak minat kecuali aku
last minit baru abang aku anta gf dia suruh teman aku
cis patut dia yang teman aku
hina sungguh the cranberries di mata dia
|
|
|
|
|
|
|
|
tulaa...aku pun cam x percaya je aku pegi konsert metallica sensorang.sbb aku sebenarnya penakut nak mampuih.tapi metallica beb...gileeerrr tak pegi!!!lagipun konsert kat stadium merdeka .masa tu pudu raya masih berfungsi lagi.so aku sempat balik mlm tu jugak.aku dok ipoh..so lepas enter sandman aku blah.x tunggu sampai encore pun.ekceli konsert kat kl tu mcm menyelit last minute je kan..diorg asalnya nak buat kat singapore je.ada la aku tgk yg dah beli tiket kat singapore punya riak show off bagai kat fb.sekali metallica turun kl jugak...booo
konsert cranberries tu pulak aku dapat tau lepas konsert tu dah habis .lagipun konsert tu seminggu ke apa lepas arwah ayah aku meninggal.aku rase kalau aku tau awal2 pun aku takkan pegi.dolores pun dah mati mmg kempunan sungguh la.abg2 minat metal ni mmg satu pe'el suka menghina genre rock yg lain dari minat diorg.abg aku dulu selalu kutuk grunge.
|
|
|
|
|
|
|
|
Giler minat kump mehadeth ni... Semenjak abg aku kenalkn... Hensem dave...hikhik.. Girl crush sngt |
|
|
|
|
|
|
| |
|