"Mereka (penjaga lebah) kata, jika saya ada wangian syampu dan minyak wangi, lebah itu tidak dapat kesan saya ini apa. Mereka tidak mahu lebah itu keliru sama ada saya adalah bunga," katanya.
Penggambaran itu dibuat untuk National Geographic yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan lebah. Ia juga bertujuan untuk memperingati Hari Lebah Sedunia semalam.
Jolie turut mengakui projek itu satu penghormatan besar buatnya.
Katanya, dia sangat teruja untuk menjadi jurucakap untuk aktiviti penjagaan lebah dan kepentingannya dalam ekosistem dunia.
Sumber:
https://www.hmetro.com.my