View: 1983|Reply: 3
|
Henry Cavill Diganggu...
[Copy link]
|
|
HENRY Cavill bersama kekasihnya.
PELAKON filem Man of Steel, Henry Cavill menerusi hantaran di Instagram, meminta supaya peminat dan pengikutnya di platform media sosial itu berhenti mengganggu kehidupan peribadinya.
Dalam hantaran yang turut disertakan dengan foto bersama kekasihnya, Natalie Viscuso itu, dia mengakui apa yang berlaku di ruangan komen Instagramnya sebagai sesuatu yang mula menunjukkan tanda-tanda negatif.
"Kepada peminat dan pengikut, saya nak buat sedikit pengumuman. Sejak kebelakangan ini, saya mula nampak ada beberapa unsur negatif dan semakin menjadi-jadi di 'feed' saya.
"Banyak spekulasi mengenai kehidupan peribadi dan juga kerjasama profesional saya yang membuatkan saya perlu bersuara kerana ia mula nampak sebagai satu benda buruk," tulisnya.
Tambahnya, tindakan sesetengah individu yang mula bersikap biadap perlu dihentikan.
"Kita hidup dalam zaman media sosial. Semakin hari, semakin ramai orang yang mungkin merasakan pendapat mereka tidak didengar, cuba meluahkan pendapat mereka untuk mencuri perhatian orang lain.
"Jadi, kepada mereka yang gemar meluahkan pendapat buruk mengenai orang lain dan menunjukkan sikap menjengkelkan melalui pelbagai cara, ia perlu dihentikan," katanya.
Spekulasi yang timbul juga mengganggu orang tersayangnya dan dia turut meluahkan rasa cintanya kepada kekasih, Natalie
yang juga dikenali sebagai Presiden TV dan Studio Digital Legendary Entertainment.
"Saya sangat bahagia dalam cinta dan kehidupan saya. Saya sangat bersyukur sekiranya anda semua turut berkongsi rasa sama.
"Sekiranya anda tidak dapat berkongsi rasa bahagia dengan saya, sekurang-kurangnya, lakukan sesuatu yang boleh membanggakan diri sendiri dan jadi versi terbaik diri anda," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes ada peminat2 tak 'restu' hubungan ke apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
bkn sbb tak restu, tp insider kata, si Henry ni kan tgh shooting kt luar negara, yg krew ni kene kuarantin dah lama tak jumpa family, si henry ni bleh plak senang2 bawak awek die dtg lokasi. so krew2 lain tak puas hati la dh knp ko boleh bawak org luar dtg lokasi dibuatnye die pembawa covid. ni mcm kes robert pattinson la ms shooting batman tu, tetiba die dah positif covid19 tak pasal2 semua krew kene kuarantin tak boleh keje |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 24-5-2021 10:05 AM
bkn sbb tak restu, tp insider kata, si Henry ni kan tgh shooting kt luar negara, yg krew ni kene k ...
Ooo..tapi aku mmg x berapa kena dia jadi Superman... |
|
|
|
|
|
|
| |
|