Selain Gigi Hadid, Bella Hadid, Zayn Malik, DJ Khaled dan ramai lagi, pelakon Mark Ruffalo yang popular dengan watak adiwira Hulk dalam filem The Avengers turut mengutuk serangan dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin.
Twitter
“Lebih 30 kanak-kanak terbunuh. Ibu-ibu terkorban. Ratusan orang tercedera. Kita berada di ambang perang berskala penuh.
“Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan rakyatnya (orang kulit hitam). Sudah tiba masanya sekatan ke atas Israel bagi membebaskan rakyat Palestin,” tulisnya awal pagi tadi.
Jika dilihat pada akaun Twitter miliknya, Mark memberikan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin yang menderita hampir setiap tahun demi memperjuangkan tanah air mereka.
Sebak!
Twitter
Kenapa musnahkan bangunan pejabat agensi berita?
Twitter
Selain itu, ‘ahli Avengers’ tersebut turut mengajak orang ramai menandatangani petisyen bagi mendesak rejim Zionis menghentikan keganasan dan kekejaman menerusi laman web, Avaaz The World In Action yang kini mencecah lebih 2.5 juta sokongan.
Post time 17-5-2021 11:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg beria2 sokong israel kat media sosial warga negara india je. Mmg dasar lalang negara india ni.
Pengalaman aku keje dgn warga india ni mmg teruk. Dia punya belit ular pun kalah tau. Kalo blh jgn la kita ada kaitan atau berurusan dgn org negara india ni.
Post time 17-5-2021 11:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Go Mark Ruffalo! Heols mmg consistent support Palestinian rights. Among yg berani & openly support. Tak takut kene ban & kecam. Abam Henry G kene kecam terus padam post.