CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 6

[Sarawak] Covid19 13/05/2021

[Copy link]
Post time 15-5-2021 05:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-5-2021 06:21 AM


Sarawak mencatatkan 395 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 254 atau 64.30 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Sri Aman, Kuching dan Bintulu.

Miri (88),

Sri Aman (64),

Kuching (57),

Bintulu (45),

Sibu (27),

Tebedu (25),

Mukah (17),

Samarahan (16),

Bau (9),

Belaga (6),

Serian (5),

Pusa (5),

Meradong (4),

Sebauh (4),

Sarikei (4),

Kanowit (3),

Lawas (3),

Subis (2),

Lundu (2),

Bukit Mabong (2),

Tatau (2),

Saratok (2),

Selangau (1),

Kapit (1)

Pakan (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,121 kes.

Daripada 395 kes baharu yang dilaporkan, seramai 21 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 308 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 203 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif COVID-19 (Kes tidak bergejala)
• 100 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (Tiada kes bergejala).
• 66 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada kes bergejala) (termasuk 8 Import C)
• 21 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
• 5 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (import B ) (Kes tidak bergejala)



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2021 06:05 AM | Show all posts
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID- 19 telah meningkat kepada seramai 214 orang.

I. Kes Kematian Ke-213.
Kes kematian ke-213 adalah kes ke-32,946 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 71 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut.
Kes didapati kurang selera makan sejak seminggu yang lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sibu. Swab pada 03 Mei 2021 bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung.

II. Kes Kematian Ke-214.
Kes kematian ke-214 adalah kes ke-25,017 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 79 tahun telah mendapat rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan.

Kes didapati mengalami gejala demam, batuk dan kurang selera makan beberapa hari yang lalu.

Swab pada 18 April 2021 bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Keadaan kesihatan semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang kronik, kencing manis dan strok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:06 AM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lilin, Miri. Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut:
I. Kluster Jalan Lilin, Miri
Kluster Jalan Lilin merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan satu majlis sosial sambutan hari jadi yang diadakan di Jalan Lilin, Taman Tunku di Daerah Miri.


Sejumlah 262 individu telah disaring di mana:
• 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks • 192 kes didapati negatif; dan
• 48 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan Hospital Limbang serta telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Miri dan Limbang bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kesemua kontak rapat telah dikenalpasti dan telah diberi arahan kuarantin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:13 AM | Show all posts
Adoi ...
sempat lagi jemput ramai tetamu nak sambut befday


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 03:32 PM | Show all posts
eMart RIAM Miri

Hanya 8 Orang Positif COVID-19, Bukan 60 Seperti Tular Di Media Sosial

SABTU, 15 MEI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan hanya 8 orang positif COVID-19 di eMart Riam.

Menurut kenyataan media JPBB Miri, Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri menjelaskan bilangan kakitangan eMart Riam yang positif COVID-19 adalah 8 orang sahaja dan tidak 60 orang seperti yang tular di media sosial.

Mereka ini adalah kenalan rapat dan ahli keluarga yang mempunyai kaitan dengan Kluster Jalan Lilin.

“Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bersama dengan pengurusan eMart Riam telah melakukan ujian calitan ke atas lebih 130 staf seperti mana dalam kes di Permaisuri Mall sebelumnya,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, eMart Riam pada Khamis, 13 Mei 2021 telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa pihak pengurusan telah melakukan semua pembersihan dan pematuhan terhadap keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak dekat akan dihantar ke pusat kuarantin,” tambahnya.

Pasukan penguatkuasa telah pergi ke lapangan dan melakukan rondaan di pusat membeli-belah bagi memantau situasi terkini di eMart Riam.

Sehubungan itu, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak meminta orang ramai untuk tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan atau mendengar khabar angin atau mempercayai berita palsu.

Adalah menjadi kesalahan menyebar khabar angin atau membuat serta menyebarkan berita palsu yang boleh dikenakan hukuman berat. -EDISI UKAS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:12 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-5-2021 10:13 PM
Adoi ...
sempat lagi jemput ramai tetamu nak sambut befday

aduhhh tingaiii nar sidak tok
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2021 12:26 AM | Show all posts
Vellfire replied at 17-5-2021 11:12 AM
aduhhh tingaiii nar sidak tok
ni sik kena sumpah seranah urang dalam FB

sempat gik jemput urang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 2.235123 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list