View: 1834|Reply: 2
|
Salman Khan Bagi Sumbangan Duit Kepada 25,000 Pekerja Filem Bollywood
[Copy link]
|
|
Gelombang kedua Covid-19 di India turut memberi kesan kepada industri perfileman negara itu.
Tampil meringankan beban barisan pekerja industri, pelakon Salman Khan berbesar hati menghulurkan sumbangan kewangan kepada 25,000 orang penggiat seni yang memerlukan.
Menerusi laporan The Indian Express, perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Federation of Western Indian Cine Employees (FWICE), Ashoke Dobey, baru-baru ini.
Kredit foto: IG
"engurus Salman sudah bercakap mengenai perkara ini dengan Presiden FWICE dan meminta kami mengirimkan data 25,000 pekerja yang berdaftar dengan persatuan.
"Dia bersetuju menyumbangkan sumbangan wang tunai bermula 1,500 Rupee (RM85)... tahun lalu dia sudah beri sumbangan, kali ini dia melakukan lagi!
"ada Februari lalu, ramai pekerja kami sudah kembali bekerja tapi gelombang kedua datang semula dan semua tidak boleh bekerja lagi," kata Ashok.
Sebelum ini Salman pernah menyumbangkan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan.
Dia juga menyatakan hasrat untuk menyerahkan sebahagian keuntungan filem baharu terbitannya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kepada mereka yang memerlukan.
"Kami seronok dapat mengambil bahagian dengan mewujudkan inisiatif mulia ini, boleh menyumbang sedikit untuk melawan Covid-19 di negara ini," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
erk RM85 tu duit raya je kot |
|
|
|
|
|
|
|
silap nih, patut sebagai retis dia kena mntak kelebihan dan bantuan dari kerajaan, berbanding rakyat marhaen biasa, almaklumlah retis, golongan terpileh |
|
|
|
|
|
|
| |
|