CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2614|Reply: 10

Lee Kwang-Soo tinggalkan Running Man

[Copy link]
Post time 27-4-2021 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Lee Kwang-Soo tinggalkan Running Man


PETALING JAYA – Selepas 11 tahun bersama program realiti popular Korea Running Man, Lee Kwang-soo akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan tersebut bermula 24 Mei nanti.

Memetik laporan Soompi, perkara tersebut disahkan agensi yang diwakilinya King Kong by Starship melalui satu kenyataan hari ini.

“Lee Kwang-soo akan mengundurkan diri daripada Running Man SBS dan rakaman terakhir pada 24 Mei ini.

“Sukar untuk dia membuat keputusan tersebut, namun akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, dia masih perlu menjalani rawatan pemulihan akibat kecederaan dialami.

“Namun adakala dia berasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal dengan baik semasa penggambaran program realiti itu,” tulis kenyataan tersebut.

Pada masa sama, Kwang-soo telah mengadakan perbincangan bersama staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut dan membuat keputusan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anda (penonton) kerana telah memberi begitu banyak kasih sayang dan perhatian kepada Lee Kwang-soo di Running Man,” katanya.

Difahamkan, Kwang-soo merupakan antara individu pertama yang menerajui Running Man sejak program itu disiarkan pada tahun 2010 malah mendapat jolokan ‘Putera Asia’ dek kerana populariti dan pengaruhnya yang begitu besar di luar Negara.

Kwang-soo menjadi tarikan utama dalam Running Man selain Ji Suk-jin, Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Haha dan Song Ji-hyo.

Kwang-soo turut pernah menerima Anugerah Bintang Baru Popular dan Pendatang Baru Terbaik dalam rancangan Aneka Ragam selama dua tahun berturut-turut pada 2010 dan 2011 di bawah anugerah SBS Entertaiment. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas gary keluar masih boleh terima lagi. bila masuk soo min dia punya try hard tu menjengkelkan tapi masih boleh layan. Ni kwang soo nak keluar memang hambarrrr la
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 27-4-2021 01:41 PM
Lepas gary keluar masih boleh terima lagi. bila masuk soo min dia punya try hard tu menjengkelkan ta ...

Tp dh lame sgt baik la undur diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 05:22 PM | Show all posts
awat tak amek cuti jah ??? rasanya sebelum ni pun kwang soo pernah je x appear dlm running man sbb eksiden kan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwang soo da mcm maskot running man.. Dah x de dia lain rasenya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih sedih sedih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2021 09:28 AM | Show all posts
la sedihnya dia dh blah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 27-4-2021 05:22 PM
awat tak amek cuti jah ??? rasanya sebelum ni pun kwang soo pernah je x appear dlm running man sbb e ...

Ye betul tu.. Ambik cuti je la sampai recover betul2.. Risau nnt hilang terus mcm kang gary tu haa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
a big challenge for production team nk ganti lompang girin nih. satu lg sejak die bergirlfriend official ni mmg watak die yg gatal geli geleman tu dh xde so die juga try hard to find a goofy character yg relevant. nampak ade penurunan kat situ. i think mmg kene revamp dah RM ni. semua dah tua n byk injuries. so game yg boleh dimainkan sgt limited thus RM is quite boring nowadays. i rasa yg boleh dikekalkan yoo jae suk, jong kook, so min n sechan. yg lain tu dahbboleh let go dah. haha pun byk injuries. ji hyo mmg mcm patung cendana dh dlm RM sejak kes nk kene terminate xnpa rela dulu. jong kook tu walau ada injured jugak but still fit utk buat aktiviti mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 04:26 PM | Show all posts
Iols masih beharap berita ni palsu. Harap2 kwang soo tukar fikiran tak jadi keluar running man. Iols masih berharapan lagi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 04:40 PM | Show all posts
anyway, running man dh x se-best dlu... kalau dlu iols tertunggu2 next epi, siapa next guest etc.... rasa mcm tertunggu2 sgat kalo tayang kt astro tu.... ms memula tgok dlu pun iols gelak2 dgan lawak diorg, tersenyum sorg2 tgok Gary usik Ji hyo... skrg tgok sekadar tgok mengisi masa lapang jah gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.084457 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list