View: 3761|Reply: 15
|
Pelakon filem Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Pelakon filem Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia
PELAKON Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia pada usia 59 tahun.
CHENNAI – Pelakon filem terkenal India Selatan, Vivek dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi (waktu tempatan) di pusat perubatan SIMS, di sini akibat serangan jantung.
Menurut laporan Times of India, berita tentang kematian aktor itu disahkan oleh pasukan perubatan di hospital berkenaan.
Berdasarkan laporan yang diterima, Vivek atau nama sebenarnya Vivekanandan, 59, dilaporkan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Conaxin pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal, pihak hospital memberitahu bahawa serangan jantung yang dihidapi mendiang tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin yang diterimanya.
Aktor itu dilaporkan menerima suntikan vaksin Covid-19, Covaxin di Tamil Nadu Government Multi Siper Speciality Hospital pada Khamis lalu.
Naib Presiden hospital terbabit, Raju Sivasamy berkata, Vivek dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lalu dan menjalani pembedahan angioplasty, iaitu satu prosedur memasukkan alat sten selepas saluran darah di arteri kirinya tersumbat teruk.
Keadaan Vivek bagaimanapun semakin kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat sokongan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).
Terdahulu, pelakon yang popular menerusi filem Saamy itu telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terkena serangan jantung.
Doktor terpaksa mengambil masa selama kira-kira satu jam untuk melakukan proses angioplasti.
Dalam dunia hiburan dan perfileman Tamil, Vivek merupakan seorang pelakon komedi terkenal yang sering membintangi beberapa naskhah bersama pelakon-pelakon popular seperti Rajinikanth dan Vikram. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh.. Aku suka juga dia.. Kelakar bila berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah pada keluarga mendiang Vivek best sgt dia berlakon sebab kelakar dia natural sgt |
|
|
|
|
|
|
|
kebetulan betul...dua sarah kat atas tu sama2 mint kat dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
India pun deny kaitan vacc dgn serangan jantung |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal
aku jarang tengok citer2 Tamil ni lagu dia tak sedap pastu action scene pun mcm merapu je
tp citer Rajinikanth layan lah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Dia berlakon mmg best. Smua cter yg ada dia mmg menjadi lah. Kdg2 watak dia lebih menarik dari lead actor. Sbb tu lah dia antara pelakon comedy yg dicari oleh penerbit & pengarah kat sana. Confirm boom lah movie tu. |
|
|
|
|
|
|
|
baru baca dia masuk spital, dah meninggal pula.
minat lakonan dia.. super!! antara aku ingat watak dia dalam filem Anniyan. Jadi kawan baik Ambi dlm masa sama polis yang siasat kes pembunuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka citer tamil. suka tengok surrounding kampung dorang semua, nampak ringkas je.
rip vivek |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu: tak kenal aku jarang tengok citer2 Tamil ni lagu dia tak sedap pastu action scene pun mcm merapu jetp citer Rajinikanth layan lah jugak
Cite indu lg best dr cite hindustan.. aku tak layan cite imdustan.. cite tamilll beso biji mata aku.. satu lg cite tamilll ni mmg realiti idupp.. kaya disanjung srmikin dihina.. kalo tengok cite indu nii.. yg semekin semekin nii sian akuu tengok.. timbul insaf dlm diri..
|
|
|
|
|
|
|
|
uori: aku suka citer tamil. suka tengok surrounding kampung dorang semua, nampak ringkas je.rip vivek
Yeppp.. hidup mreka simple.. kalo kasta paria tuu nmpk redha jee dgn idup mereka.. wpun dihina tp life must go on
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K: India pun deny kaitan vacc dgn serangan jantung
Skema jawapan dari WHO kott |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah semlm kt utube byk psl dia ni, br taw nama dia vivek, dia berlakon mmg lawak dan menjd
takziah utk family vivek |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni best berlakonnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|