CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 0

Chris Brown disaman pembantu rumah

[Copy link]
Post time 15-4-2021 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Chris Brown disaman pembantu rumah




Los Angeles: Penyanyi Chris Brown berdepan tindakan saman daripada bekas pembantu rumahnya, Patricia Avila selepas kakaknya, Maria diserang anjing peliharaannya.

Tuntutan yang difailkan Avila di Mahkamah Tinggi Los Angeles itu mendakwa anjing milik Brown itu menyerang Maria ketika mereka sedang membersihkan rumah penyanyi berusia 31 tahun itu pada 12 Disember tahun lalu.

Menerusi tuntutan itu, Maria mendakwa dia digigit pada bahagian mata, kaki dan mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan hingga memerlukan dua pembedahan serta menerima rawatan beberapa hari di hospital.

Sementara itu, Avila menderita tekanan emosi yang teruk termasuk mengalami trauma, kemurungan dan serangan panik.

Dalam tuntutan yang dikemukakan, Brown memelihara beberapa ekor anjing yang diletakkan di tempat selamat, namun pada hari kejadian seekor anjing seberat 45 hingga 90 kilogram berada di halaman belakang.

Ketika Maria ke kawasan itu untuk mengosongkan penyedut hampagas, anjing itu menerkam dan menggigitnya.

Sebaik mendengar jeritan kakaknya, Avila berlari keluar dan mendapati kakaknya berlumuran darah dan meminta pertolongan daripada penyanyi Gimme That itu untuk menghubungi talian kecemasan.

Avila menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya atas kejadian itu. Tuntutan itu dibuat atas alasan dirinya kehilangan pendapatan kerana tidak dapat bekerja, bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.060814 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list