CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5088|Reply: 4

Kamu Boleh Jadi Anak Derhaka Jika Lakukan Perkara Ini

[Copy link]
Post time 25-3-2021 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Sebagai seorang anak, tiada siapa yang mahu digelar sebagai anak derhaka dalam hidupnya, betul tak?

Dalam agama Islam, sesiapa sahaja yang derhaka kepada ibu bapanya akan mendapat balasan daripada Allah s.w.t. dan dimasukkan ke dalam neraka.

Sebenarnya ramai yang tak sedar, ada banyak perkara yang boleh menjadikan kamu sebagai anak derhaka walaupun ianya hanya beberapa perkara kecil seperti membuat bunyi “eh”, “ish” dan sebagainya.

Kalau nak tahu apakah yang boleh membuatkan seorang anak menjadi derhaka, scroll sehingga habis okay?

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Anak Derhaka?
Untuk pengetahuan kamu, perkataan derhaka (Al-‘Uquuq) berasal daripada Al-‘Aqqu yang membawa maksud Al-Qath’u iaitu memutus, membelah, merobek atau memotong.


Foto – iStock

Dari segi agama Islam, seorang anak boleh menjadi derhaka terhadap ibu bapanya apabila dia melakukan sesuatu perbuatan atau mengucapkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati kedua-dua mereka.

Memang jelas dalam agama, perbuatan derhaka sememangnya dilarang dan berdosa besar. Malah ia dikategorikan sama seperti menyekutukan Allah s.w.t.

Ciri-Ciri Anak Derhaka
Untuk pengetahuan kamu, setiap anak perlu menjadi sopan dan hanya mengucapkan kata-kata sopan sahaja terhadap ibu bapa.

Tetapi kalau kamu pernah lakukan beberapa perbuatan ini, ketahuilah ia boleh menjadikan kamu sebagai anak derhaka.

Terlalu melebihkan pasangan
Tak salah untuk mementingkan pasangan kerana dalam agama Islam pun, seorang suami atau isteri perlu membahagiakan dan menyayangi pasangan mereka.


Foto – Alamy

Tetapi jika melebih-lebih sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa sehingga mereka tersinggung, ia boleh dikatakan sebagai derhaka dan berdosa.

Bercakap dalam nada yang tinggi
Dalam agama Islam, wajib untuk setiap anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Nak bercakap “ah”, “eh” atau “ish” pun tak boleh.


Foto – 123RF


Surah Al-Isra (ayat 23), Allah s.w.t. berfirman:

“Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Allah s.w.t. sangat melarang perbuatan tersebut apatah lagi meninggikan suara sehingga terguris perasaan ibu bapa.

Memburukkan nama kedua ibu bapa
Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anak mereka menjaga nama baik, menerima diri mereka seadanya dan menghormati mereka.

Tetapi sebagai seorang anak, janganlah pula kamu cuba memburukkan nama ibu bapa, dan membuka aib mereka kepada orang lain.

Kalau kamu berasa malu dengan keadaan ibu bapa tidak kiralah dari segi kewangan, penampilan dan sebagainya, kamu perlu tahu perbuatan ini juga termasuk dalam konteks derhaka yang ditentang oleh agama Islam.

Membuatkan ibu bapa menjadi marah
Hadis Riwayat Baihaqi, sabda Rasulullah s.a.w.:

“…Dan barang siapa yang membuat kedua orang tuanya marah di awal pagi, terbuka dua pintu ke neraka, dan jika dia melakukannya pada waktu petang, satu pintu akan terbuka walaupun kedua-duanya dianiayai”

Sebagai seorang anak, kamu tidak boleh membuat perkara-perkara yang boleh mencetuskan kemarahan ibu bapa.


Foto – The Irish Sun


Setiap ibu bapa berhak untuk memarahi anaknya jika melakukan kesalahan atau perkara yang tidak baik. Tambah-tambah lagi perkara yang dilarang oleh agama seperti berbuat zina, minum arak, berjudi dan sebagainya.

Ini kerana kemarahan ibu bapa boleh mencetuskan rasa tidak redha terhadap kehidupan anaknya dan kamu akan ditimpa kesulitan setiap masa.

Menangis atau menyedihkan ibu bapa

Jika kamu lihat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, membuatkan ibu bapa bersedih sehingga mengeluarkan air mata boleh dikategorikan sebagai anak derhaka.


Foto – Parents


Tapi kamu jangan salah sangka pula. Menangis dan bersedih di sini bermaksud kepada perbuatan atau perkataan yang boleh mengguris dan menyakitkan mereka.

Jika mereka kamu menangis disebabkan oleh terharu atau bangga, ianya tidak diklasifikasikan sebagai derhaka kerana ianya air mata kegembiraan oleh ibu bapa kamu.

Mendoakan perkara yang buruk atau memaki
Sabda Rasullulah s.a.w.:

ولعَن اللهُ مَنْ لعَن والديهِ

(Maksudnya: Allah s.w.t. melaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya.)

Sebagai seorang anak, kamu perlu tahu bahawa perbuatan mendoakan perkara buruk mahupun memaki boleh mendapat laknat daripada Allah s.w.t.

Laknat daripada Allah s.w.t. ini boleh membuatkan hidup seseorang individu jauh daripada petunjuk sehingga dia sentiasa menghadapi kesusahan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Bercakap sehingga mengguris perasaan dan hati
Hadis Riwayat Bukhari:

“Tangisan kedua orang tua termasuk dalam derhaka besar.”

Untuk pengetahuan kamu, agama Islam sangat menitikberatkan anak-anak untuk menjaga perasaan ibu bapa supaya mereka tidak terguris hati atau terasa dengan tindakan kita.

Foto – Live Bold and Bloom
Tetapi kebanyakan individu sekarang, ramai yang tidak mempedulikannya dan sering bercakap tanpa menghiraukan perasaan dan hati ibu bapa yang terguris.

Sebagai seorang anak yang baik dan taat, kamu boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bercakap dengan nada yang baik sehinggalah menggunakan perkataan yang sesuai.

Tak susah pun untuk menjadi anak yang baik dan bukannya derhaka terhadap kedua-dua ibu bapa. Kamu hanya perlu mendengar kata, menggembirakan dan patuh terhadap mereka.

Sumber : https://wanista.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi orang sekarang akan guna ayat ibubapa sendiri pun x baik pada anak...

Percaya lah esok anak2 kita sendiri akan lakukan benda yg sama pada kita dan guna ayat yg sama...

Tapi mungkin juga sifat ibubapa mewarisi pada anak2 dan keturunan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-3-2021 06:00 AM
Tapi orang sekarang akan guna ayat ibubapa sendiri pun x baik pada anak...

Percaya lah esok anak2 ...

Hang punya sawan ada anak anak ikut????

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu orgtua x berani or takut tegur anak bimbang kecik hati, bimbang anak x bagi duit pun dah kira anak derhaka jugak..termasuk jugak yg kawen tanpa restu orgtua.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 27-3-2021 04:00 PM
Klu orgtua x berani or takut tegur anak bimbang kecik hati, bimbang anak x bagi duit pun dah kira an ...

berat sangat kah utk ibubapa beri restu pada perkahwinan anak????

kita ambik contoh si green~ teh....kawen tak dapat restu mak pak kah sampai bercerai, baru suku jalan????

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.317520 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list