View: 5368|Reply: 10
|
Kenapa Segelintir Suami Alami Alahan Ketika Isteri Mengandung?
[Copy link]
|
|
Kenapa Segelintir Suami Alami Alahan Ketika Isteri Mengandung?
Kisah-kisah si ibu yang sedang mengandung mengalami alahan ketika mengandung mungkin sudah biasa kita dengar. Alahan yang berlaku ini boleh terjadi kerana banyak sebab dan selalunya berlaku dalam trimester pertama (tetapi boleh juga terjadi sepanjang kehamilan).
Kisah pelbagai jenis alahan termasuklah muntah dan menjadi sangat sensitif terhadap bau bukanlah perkara yang pelik bagi wanita mengandung, tidak kira bagi yang pertama kali mahupun sudah mempunyai ramai anak.
Namun, mungkin anda pernah mendengar daripada rakan-rakan ataupun di sosial media mengenai si suami yang mempunyai alahan teruk – walhal yang mengandungkan anak adalah si isteri! Adakah alahan yang diperkatakan oleh si suami ini sekadar rekaan semata-mata dan dibuat-buat?
Sebenarnya tidak, dan si suami sememangnya benar-benar merasai pengalaman “tidak menyenangkan” itu. Dalam dunia perubatan, perkara ini juga dikenali sebagai “Sindrom Couvade”. Percaya atau tidak, ia adalah perkara biasa bagi suami yang tidak hamil untuk mengalaminya – selalunya, tanpa menyedarinya.
Apa itu Sindrom Couvade?
Sindrom Couvade adalah keadaan di mana pasangan wanita hamil (iaitu suami/lelaki) mengalami simptom kehamilan yang sama atau serupa yang juga disebut “kehamilan simpati” atau “sindrom ayah hamil”. Walau bagaimanapun, sindrom ini tidaklah diklasifikasikan sebagai masalah perubatan atau mental.
Sindrom Couvade berasal dari perkataan bahasa Perancis “couvee” yang bermaksud “to brood” atau “to hatch” dan pertama kali direkodkan oleh ahli antropologi Edward Burnett Tylor pada tahun 1865. Dengan kata lain, perkara ini sudah lama dibincangkan.
Lebih banyak penyelidikan kemudiannya mendapati bahawa lelaki akan mengalami gejala seperti kehamilan sepanjang kehamilan pasangan mereka. Edward Burnett Tylor mengaitkan gejala ini kepada empati atau rasa simpati, yang merupakan “tindak balas fizikal terhadap kesusahan orang lain”
Apabila pasangan anda menghidapi sindrom Couvade, mereka mungkin tidak tahu apakah gejala yang mereka alami adalah psikosomatik atau tidak. Mereka mungkin merasa “tidak sihat” dan pergi ke klinik untuk meminta nasihat perubatan, hanya untuk diberitahu oleh doktor bahawa mereka sihat dan tidak memerlukan sebarang ubat.
Walaupun kebanyakan lelaki tidak membincangkan gejala ini secara terbuka, ini adalah perkara biasa. Lelaki di seluruh dunia mengalami sindrom Couvade. Kajian mendapati kadar yang berbeza-beza di berbagai bahagian dunia tetapi statistik terbaru menunjukkan sindrom Couvade berlaku pada sekitar 25% hingga 52% lelaki di Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan hamil.
Gejala sindrom Couvade
Anda mungkin pernah mendengar mengenai suami yang bertambah berat badan atau mengidam makanan tertentu, sama seperti pasangan mereka yang hamil. Terdapat pelbagai gejala yang mungkin dialami orang dengan sindrom Couvade. Apa yang mungkin dialami oleh seseorang boleh sama sekali berbeza dengan apa yang mungkin dialami oleh orang lain – seperti gejala kehamilan sebenar.
Gejala boleh dibezakan bergantung kepada apakah ia bersifat psikologi atau fizikal. Dan penting untuk diperhatikan bahawa para penyelidik mengatakan bahawa terdapat perbezaan utama antara sindrom Couvade dan khayalan kehamilan (delusions of pregnancy).
Dengan Couvade, seseorang mungkin merasakan gejala kehamilan tetapi tidak akan percaya bahawa mereka benar-benar hamil. Antara gejala dari psikologi mungkin termasuk kegelisahan, kemurungan, masalah tidur dan penurunan keinginan untuk seks.
Sementara itu, gejala fizikal boleh merangkumi loya, muntah, pedih ulu hati, sakit atau kembung di perut, perubahan selera makan, kaki kejang, sakit belakang, kerengsaan alat kelamin, kenaikan berat badan atau penurunan berat badan.
Sakit gigi adalah satu lagi simptom biasa dan biasanya dirasai oleh 43 peratus lelaki yang mempunyai sindrom Cauvade. Dalam satu artikel jurnal terbaru, menjelaskan bahawa jika seorang lelaki mengadu sakit gigi dan mempunyai gejala fizikal lain seperti yang disenaraikan di atas dan mempunyai pasangan hamil, sindrom Couvade mungkin adalah penyebabnya.
Penyebab sindrom Cauvade
Sindrom Cauvade tidak diklasifikasikan sebagai masalah perubatan dan sebab itulah anda tidak akan mendapat banyak maklumat mengenainya dalam buku perubatan. Namun, ianya lebih banyak dikaji dengan lebih mendalam oleh ahli antropologi dan ahli sosiologi.
Mengapa perkara ini berlaku? Hal ini kerana gejala fizikal dan psikologi ini berpunca terutamanya sebagai tindak balas kepada situasi sosial (dalam kes ini, kehamilan pasangan) dan budaya.
Kebimbangan adalah faktor penyumbang lain di mana penyelidik telah menemui kaitan antara kebimbangan yang lebih tinggi dengan gejala sindrom yang dialami. Menjadi bapa buat pertama kali adalah satu lagi kemungkinan yang menyumbang kepada peningkatan tahap tekanan.
Kajian menunjukkan bahawa kemungkinan menghidap sindrom Couvade cenderung berkaitan dengan budaya. Contohnya, kejadian sindrom ini berbeza-beza bergantung pada lokasi geografi contohnya di Australia (31%), United Kingdom (25%) dan Poland (72%).
Tidak ada rawatan khusus yang digariskan untuk sindrom Couvade. Sebaliknya, para penyelidik menjelaskan bahawa ia biasanya hilang secara semula jadi dengan kelahiran bayi (atau tidak lama kemudian).
Ini tidak bermaksud pasangan anda tidak perlu menghubungi doktor untuk membantu merawat gejala yang dialami. Tetapi kerana sindrom ini dikaitkan dengan kehamilan (dan masih belum difahami sepenuhnya), ia mungkin tidak akan hilang sepenuhnya sehingga si ibu bersalin.
Kredit:
Wikipedia
Healthline
Options Now
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la tu. Biar dia hargai bini dia sikit. Tengok org pregnant muntah2 ni mcm penat ya amat. Bg la husband dia pulak merasa |
|
|
|
|
|
|
|
Mind over matter
Kne study Max Planck
Aura bini tu gitu powerful or boleh jadi perisai suami tak kuat
Bleh jadi gak KESERASIAN...UNITY..UNION..husband wife tuyg dah UNO..SATU..so bila satu kne satu tu dpt tempias..cam cubit peha kiri..peha kanan rasa
I think kapel gini everlasting...EMPATHY kuat
|
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga replied at 10-3-2021 11:35 PM
Mind over matter
Kne study Max Planck
my sister kena macam ni ,
masa dia pregnant , sepanjang tu la laki dia pening and demam and mengidam...
dia relax macam org normal , cuma perut je memboyot ... |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni rasa mcm biasa je masa dia pregnant 4 kali
cuma rasa nak benti keje jela kot
haha |
|
|
|
|
|
|
|
harap laki aku nanti kena camni..
mcm seksa je nak muntah2 bagai tu |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 11-3-2021 12:12 AM
my sister kena macam ni ,
masa dia pregnant , sepanjang tu la laki dia pening and demam and meng ...
Tu makna UNION depa kuat..instinct pun kuat..
Kan spouse tu the other half
Kan suami tu pakaian isteri..isteri tu pakaian suami
Tu kire ego sihat sang suami..empathy ada..ramai yg kental hati kering hati batu kedekut taik idun masin..hok ni mmg tadak alahan isteri hamil..covid pun pk 10 kali nk attack..type BRUTAL |
|
|
|
|
|
|
|
yup..sy sendiri pernah mengalaminya...
diye punya siksaa..mak oiiii...smpai berair mata ni...
cukup je jam 9.30pg - 10 pg...confirm muntah2 tu dtg...rs mcm nk terputus urat perut asik uwekkk..uwekkk..uwekkkk...hari2 mcmtu lebih2 lg masa isteri diawal kehamilan...
pastuu...teringin nk gigit2 btg tebu...siap mintak kt penjual air tebu tu nk sikit btg tebu...sebab nk kunyah2... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah akk pun 2x pregnant.laki yg rasa semua pening,muntah2 dgn mengidam.akk cergas bawa perut jer..pengalaman berharga utk silaki..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Poo sebegitu ka pengalaman uols |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus gak gitu, sama2 rasa. Pompuan penat bwk perut, laki blh rasa alahan, pening2 semua hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|