CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 5

Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda OKU Kini Buka Kedai Gunting Rambut

[Copy link]
Post time 10-3-2021 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda OKU Kini Buka Kedai Gunting Rambut


Benarlah kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ Berbekalkan ilmu menggunting rambut yang hanya dipelajari di Youtube, seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) berjaya membuka kedai menggunting rambutnya sendiri di rumahnya di di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan, Perak.

Meskpipun mempunyai masalah pendengaran dan bisu, Farid Aidil Mat Din, 28, tidak menganggap semua itu satu kekurangan malah dia berjaya mengasah kemahiran memotong rambutnya menerusi tutorial dari laman penstriman video berkenaan.

Malah atas usahanya itu dia berjaya mengharungi 4 tahun bersama perniagaannya itu yang diberi nama Arid Barber dengan purata 6 pelanggan setiap hari.

Menerusi laporan Bernama, hasil dari pembelajaran tersebut Farid yang tidak mempunyai sijil menggunting rambut kini  dapat memenuhi semua permintaan pelanggannya.

“Saya memang tidak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.


“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya kepada Bernama.

Difahahamkan sesi temu bual yang berlangung dibantu kakaknya Noor Fashikin, 32, serta ibu bapanya, Mat Din Mat Piah, 68, dan Maimon Mohd Drus, 47.

Mengakui sangat meminati bidang berkenaan, Farid memasang impian untuk mempunyai alatan yang lebih lengkap dan bagus demi memberi keselesan keapda pelanggannya.



“Kalau diikutkan, saya hanya pinjam peralatan daripada kawan dan ada juga yang saya beli sendiri tetapi cepat rosak, malah ada pelanggan merungut mesin yang saya guna bunyi kuat sangat dan panas.

“Setakat ini saya memang sedang mengumpulkan duit untuk menggantikan semua peralatan yang semakin uzur lebih-lebih lagi mesin penggunting yang sangat penting,” tambahnya yang berharap dapat diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya itu suatu hari nanti.

SOURCE: BERNAMA TWITTER


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mana ketua kg kau dik?....

kan gomen ada sediakn kemudahan utk sesapa yg berniaga.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 10:59 AM | Show all posts
alah comey je orgnya.. nampak muda walau pn dh 27thn..

Harap adik ni pi la blaja kursus dan amik dana bantuan kerajaan tu..  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 11:42 AM | Show all posts
Kalau abg balik Lambor Kiri lps pkp nti boleh abg singgah Lambor Kanan kejap potong rambut..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dikk muda lg...

Jgn tak tau ada yg ckp belajar kat youtube je dah nak jadi fotographer/videographer gituu..

Mcm la kalau belajar kat youtube tu takde pros yg mengajar pree je bukannya mcm kapitalis melayu segala benda nak caj waima cara2 marketing di fb yg mat saleh share free je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan dik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.238785 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list