CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1000|Reply: 2

'Spiderman' Cilik

[Copy link]
Post time 9-3-2021 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar daripada video tular.


Harian Metro

Beijing: Kebolehan luar biasa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun memanjat dinding ala adiwira Spiderman menarik perhatian warganet selepas videonya melakukan aksi berkenaan tular di laman sosial.

Global Times melaporkan, menerusi video yang tular di Sina Weibo, kanak-kanak berasal dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, di selatan China itu menunjukkan keberaniannya memanjat dinding tanpa gayat.

Dia dilihat berlari dari arah hujung sofa sebelum memanjat dinding dan naik menuju ke siling.

Kelihatan kaki serta tangannya kuat mencengkam permukaan dinding.

Difahamkan, kanak-kanak itu dapat melakukannya selepas mempelajari seni mempertahankan diri tradisional Cina, Kung Fu.

Rakaman video yang tular itu mencetuskan perdebatan dan perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Selain digelar Spiderman China, ada juga menyamakan kanak-kanak itu dengan cicak kerana kebolehan luar biasanya.

Ada juga menganggap kebolehan itu sebagai anugerah buat kanak-kanak berkenaan.

Sebahagian yang lain pula meluahkan kebimbangan mereka terhadap keselamatan kanak-kanak itu dengan mengingatkannya untuk berhati-hati di ruangan komen.

Mereka juga mencadangkan pemasangan jaring keselamatan digunakan untuk melindungi kanak-kanak itu sekiranya terjatuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 05:08 PM | Show all posts
budak tu nk berevolusi!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:00 PM | Show all posts
Dah besar boleh mintak jadi pelakun lagak ngeri atau pun joint sarkas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.075008 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list