CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1628|Reply: 2

Diminta sedar diri tiada harta

[Copy link]
Post time 8-3-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Diminta sedar diri tiada harta



Niat seorang pemuda yang ingin mengenali seorang gadis dipandang serong oleh individu lain selepas memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok.

Pada mulanya pemuda tersebut, Hamizan Ismail menyatakan hasrat untuk berkawan dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Yana Sadrudin walaupun sedar dirinya kurang menarik berbanding jejaka lain.

Saya ikhlas nak kawan dengan awak!

Bagaimanapun, video itu menerima satu komen daripada seorang individu meminta dirinya supaya mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mahu mengenali seseorang yang lebih cantik dan popular seperti gadis tersebut.

Tolong sedar diri, jauh beza




Tidak berdiam diri, pemuda yang mesra disapa Mizan itu menghasilkan satu video baru dengan mengakui bahawa dirinya tiada rupa atau harta namun tetap bersyukur dengan apa yang dimiliki selama ini.

Saya minta maaf sebab saya tak sama macam orang lain




“Saya tahu jauh beza. Saya tak kaya pun macam orang lain tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada. Saya ada kereta, beli di Facebook RM2,000.
“Biasa-biasa je. Ada yang dah pecah, patah. Ni jelah yang ada, okay lah buat pakai. Terima kasih ingatkan saya, tak ambil hati pun,” katanya.


Video berdurasi seminit itu dihujani komen warganet yang meluahkan rasa sebak kerana Mizan tetap ‘cool’ dan tidak melatah walaupun dipandang rendah selain menitipkan semangat buat pemuda berkenaan.

Kaya dengan kesabaran & adab


Awak buat saya menangis


Kami tetap sokong ‘brader’!


Moga dimurahkan rezeki



Jauh di sudut hati, memang sedih apabila mengenangkan nasib. Namun dengan sifat bersyukur, mudah-mudahan Allah berikan kekayaan bukan hanya dari segi harta, malah juga budi pekerti dalam kehidupan seharian.

Sumber: TikTok @mizan11_

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 06:29 PM | Show all posts
tk pyh respek la

tu benda normal
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan lawa pun yana sadrudin tu
Cuba buang filter n no makeup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.356714 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list