|
Penemuan Rangka Misteri Dengan Saiz Kira-Kira 23 Kaki Di Sebuah Pantai
Boleh dikatakan sebagai manusia, masih banyak lagi rahsia alam yang masih belum ditemukan dan dijumpai. Kita yang hidup di darat ini belum tahu semua tentang kehidupan di lautan dalam, udara dan sebagainya. Inilah yang menjadi penemuan-penemuan penting bagi saintis dan pakar yang setara dengannya.
Baru-baru ini satu penemuan rangka misteri di sebuah pantai di UK telah menjadi tanda tanya ramai. Menerusi sebuah laporan media antarabangsa, rangka hidupan yang ditemui itu memiliki panjang lebih dari 23 kaki, beratnya kira-kira empat tan dan tidak memiliki wajah. Penemuan tersebut akan disiasat dalam usaha untuk mengetahui identiti sebenarnya.
Berdasarkan temubual portal berkenaan bersama Matthew Westfield, wakil dari UK Cetacean Strandings Investigation Programme (CSIP), hidupan tersebut sudah terlalu lama tidak bernyawa di lautan dan akhirnya dihanyutkan ke pantai berkenaan.
Melihatkan pada keadaan penemuan rangka misteri tersebut yang terlalu reput, pasukan CSIP ini perlu membawa sampel ke makmal untuk menyiasatnya. Sebelum itu, seorang wanita yang menemui bangkai hidupan tersebut mempercayai ia adalah salah satu spesis ikan jerung. Namun bagi pasukan CSIP, agak mustahil untuk haiwan berkenaan berada di perairan Wales tersebut.
Jadi pada awalnya mereka menganggap ia mungkin ikan paus. Namun bila sampai di lokasi penemuan misteri tersebut, mereka perhatikan kemungkinan fizikal bangkai tersebut agak berbeza dan bau yang sangat lain dengan bangkai paus. Apa-apa pun pasukan ini telah pun mengambil sampel dan membawanya ke makmal untuk lakukan siasatan.
SUMBER" MIRROR UK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|