View: 1626|Reply: 3
|
Terhibur Dengan Pesanan Pelanggan Ini, “Nak Yang Macam Sayap Katu Tu Lebih”
[Copy link]
|
|
Terhibur Dengan Pesanan Pelanggan Ini, “Nak Yang Macam Sayap Katu Tu Lebih”
Dalam dunia perniagaan para peniaga perlu berhadapan dengan pelbagai gelagat pelanggan. Setiap orang ada perangai tersendiri dan sebagai seorang peniaga sudah pastinya perlu berhadapan dengan semua ini. Namun tidak semuanya akan buat para peniaga tertekan kerana kadang-kadang telatah pelanggan juga mampu menghiburkan.
Sama seperti yang dilalui seorang peniaga yang tular di sosial media baru-baru ini. Dalam perkongsian oleh satu akaun Twitter tersebut, seorang pelanggan yang membuat pesanan dengan menggunakan aplikasi penghantaran makanan.
Makanan yang dipesan adalah Tokayaki sejenis makanan yang berasal dari Jepun. Menu ini yang biasanya dihidangkan lengkap dengan Bonito flakes, mayonis dan sos khas, melengkapkan lagi rasa hidangan tersebut. Namun begitu, menerusi perkongsian tersebut, kelihatan pelanggan meninggalkan pesanan:
“Nak yang macam sayap katu tu lebih”
Apa yang dimaksudkan oleh pelanggan tersebut adalah bonito flakes yang ditaburkan di atas Takoyaki tersebut. Berikut adalah perkongsian penuh terhibur dengan pesanan pelanggan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini:
Adoi, sayap katu pun boleh! Untuk info, katu adalah sejenis serangga yang boleh ditemui di dalam rumah pada waktu malam. Perkongsian terhibur dengan pesanan pelanggan tersebut telah membuatkan warganet terhibur dengannya dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Nama dia bonito flakes ke, baru ku tahu wei, tapi dia apa ya?…
SUMBER: TWITTER NANASH711
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fish flakes kalau banyak sangat pun tak sedap jugak |
|
|
|
|
|
|
|
aku beli katu ni 100g RM10 kekadang suap kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni mesti aku terimagine katu bila makan tako..euw |
|
|
|
|
|
|
| |
|