CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3925|Reply: 5

Ini Sebab Mengapa Rasa Nak Terkencing Semakin Kuat Apabila Menghampiri Tandas

[Copy link]
Post time 4-3-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 4-3-2021 08:57 PM

Ini Sebab Mengapa Rasa Nak Terkencing Semakin Kuat Apabila Menghampiri Tandas
Boleh dikatakan semua daripada kita pernah mengalami situasi di mana rasa hendak buang air kecil atau besar semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat ditahan ketika kita menghampiri tandas.

Namun, mengapa ini berlaku?

Sebelum iluminasi.com menerangkan tentang perkara ini, kita perlu tahu tentang satu eksperimen popular yang berkaitan rasa nak terkencing yang mendadak ini.

Eksperimen ini dijalankan pada tahun 1890-an oleh ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov.

Kajian legenda ini berkaitan dengan bagaimana air liur anjing meleleh sebagai tindak balas bukan hanya terhadap kehadiran makanan, tetapi juga idea tentang kehadiran makanan.

Pengkondisian Pavlovian
(Ivan Pavlov)

Ivan Pavlov mempunyai idea menarik iaitu menguji sama ada beliau dapat mempengaruhi anjing dengan cara yang mana ia akan bertindak balas dengan ramalan terhadap rangsangan yang diberikan.

Berikut adalah kisah yang telah diringkaskan daripada eksperimen tersebut.

Ivan membunyikan loceng di hadapan seekor anjing dan seperti yang dijangka, anjing tersebut tidak memberikan respon istimewa.

Kemudian, Ivan memulakan prosedur ekperimennya, di mana beliau membunyikan loceng sejurus sebelum memberikan makanan kepada anjing tersebut.

Selepas melihat makanan, anjing itu akan mengeluarkan air liur sambil mengharapkan makanan.

Saintis ini mengulangi aktiviti ini beberapa kali, sebaik sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing itu, Ivan akan membunyikan loceng.
Setelah beberapa kali mengulangninya, Ivan menyedari bahawa ketika beliau membunyikan loceng, anjing itu akan mula mengeluarkan air liur, walaupun tidak ada makanan yang disajikan.

Anjing itu telah mengetahui hubungan antara loceng dan makanan, jadi air liurnya meleleh hanya dengan mendengar bunyi loceng sahaja.
Fenomena pembelajaran melalui hubungan ini kini disebut sebagai pengkondisian Pavlovian atau pengkondisian klasik.

Kaitan antara tandas dan dorongan untuk kencing

Walaupun para saintis pada hari ini tidak pasti mengapa kita rasa sangat tak tahan sebaik sahaja kita memasuki tandas, kepercayaan popular adalah ia berkaitan dengan pengkondisian Pavlovian.

Selama bertahun-tahun, kita mengaitkan tandas sebagai tempat untuk “melegakan” diri dan “melepaskan hajat” kita.

Inilah sebabnya mengapa apabila kita menghampiri pintu tandas atau memasuki rumah, rasa terdesak untuk kencing menjadi-jadi.

Ini kerana otak anda yang mana telah lama mengawal keterdesakan untuk kencing, secara tiba-tiba menyedari bahawa anda menghampiri tempat di mana anda boleh melegakan diri anda dari “tekanan” ini.

Kesan  ini adalah berbeza bagi orang yang berlainan, di mana sebilangan orang merasakan keterdesakan untuk kencing menjadi semakin kuat ketika mereka memasuki tandas, dan ada yang merasakannya sebaik sahaja memasuki pintu rumah, dan yang lain merasakannya apabila mereka melihat mangkuk tandas serta melihat papan tanda tandas.

Terdapat juga ransangan yang lain, seperti berdiri selepas bangun pagi, cuaca sejuk dan juga melihat air mengalir.

Pundi kencing terlalu aktif

Sesetengah orang mengalami keterdesakan secara mendadak untuk kencing lebih berbanding orang lain, yang mungkin disebabkan oleh pundi kencing yang terlalu aktif yang juga disebut sebagai OAB.

Ini adalah apa yang berlaku dalam situasi normal: semasa pundi kencing anda dipenuhi dengan air kencing yang dibawa oleh buah pinggang, pundi kencing anda meregang dan memberi lebih banyak ruang untuk air kencing.

Biasanya, kita mengalami keterdesakan awal untuk kencing apabila jumlah air kencing yang terdapat di dalam pundi kencing adalah kurang daripada 240 milimeter atau hampir 1 cawan.

Untuk rekod, pundi kencing kebanyakan orang dapat menahan lebih dari 480 mililiter air kencing.

Memiliki pundi kencing yang terlalu aktif bermaksud anda mempunyai masalah di mana pundi kencing mengeluarkan air kencing pada masa yang salah, yang mana sangat tidak diingini.

Jadi, jika anda tidak dapat menahan rasa nak terkencing lebih daripada beberapa saat dan anda kencing tersangat kerap, mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

Namun, jika anda terasa nak terkencing secara mendadak apabila semakin hampir dengan tandas atau melihat papan tandan tandas, jangan risau kerana ia adalah tindak balas normal dan semua orang mengalami perkara yang sama.

Rujukan:






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kale kucing kencing...tu nanda kawasan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wo, den baca psl classical conditioning ni masa den sekolah, ingat lg smpai skrg experiment dia buat. Tp tatau lak boleh di'relate'kan dgn keadaan ni. Thx TT for the info.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah nak beron pun sama la. Nampak je pintu tandas dah membuak perasaan nak membuangnya... Hahaha.. Adoiii...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:42 PM | Show all posts
i see i experienced that tadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 06:54 AM | Show all posts
iya; psychological sahaja ini
dan tidak semua kena hal hal sebegini
sy contohnya, tidak, alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060274 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list