CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3283|Reply: 3

Ada Yang Kata Makan Aiskrim Baik Untuk Demam Selesema, Ya Ke?

[Copy link]
Post time 4-3-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Demam dan selesema merupakan keadaan tubuh badan dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C. Ia hadir bersama gejala termasuk batuk, sakit kerongkong, hidung berhingus dan bersin.








Demam selesema terjadi disebabkan oleh jangkitan atau keradangan. Ketika ini, badan akan terasa panas, pernafasan meningkat, muka menjadi merah dan pesakit akan menjadi tidak aktif.


Kebiasaannya, penyakit ini akan beransur hilang dalam tujuh hingga 10 hari, dan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu.


Bagi mengurangkan rasa tidak selesa akibat demam selesema, berikut adalah antara makanan yang boleh diambil oleh pesakit seperti dipetik dari Public Health Malaysia:

1. Teh panas: melegakan hidung tersumbat

2. Sup dan air kosong: untuk mengekalkan hidrasi

3. Halia: melegakan rasa loya pada tekak

4. Pisang: untuk penghadaman dan rasa kenyang.

5. Ais pop: untuk melegakan rasa sakit tekak

6. Bawang putih: untuk melegakan masalah hidung tersumbat.






Namun, sekiranya demam  berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat laporan kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar, sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Ia penting bagi rawatan susulan dilakukan kepada pesakit.




Sumber: Era.je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah dengar pun..untuk hilangkan sakit tekak pernah la..makan soft ice cream mcm ice cream mcd tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau terdesak sgt hidung tersumbat tak da ubat lain vicks ke apa,sapu garam/ air garam  kat hidung memang berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 10:12 PM | Show all posts
hidung berair banyakkan makan anggur

mmg mahal tetapi anggur bagus utk hidung yg sering berair
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.130265 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list