CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3760|Reply: 0

Amalan Suami Isteri Supaya Jarang Bergaduh Sebenarnya Boleh Bermula Dr Tandas

[Copy link]
Post time 26-2-2021 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Amalan Suami Isteri Supaya Jarang Bergaduh Sebenarnya Boleh Bermula Dr Tandas



Pelbagai amalan yang di amalkan oleh suami isteri untuk mengekalkan perhubungan rumah tangga yang bahagia. Tapi tidak ramai tahu bahawa amalan untuk mengekalkan hubungan yang baik dalam rumah tangga sebenarnya boleh bermula dari tandas. Berikut satu perkongsian menarik:

Saya nak share amalan saya dan suami saya. Rumahtangga saya jarang bergadvh dan kalau bergadvh pasti ada kemaafan. Senang cerita saya bahagia suami saya pun bahagia.Kau kena ingat, bahagia ni Allah yang kurniakan.

Jadi kau kena tengok cara hidup kau dalam sehari tu ada ka cuba mendekati Allah dan Rasulullah? Okay jom baca tips2 saya ni.Al mulk sama2 setiap malam. Kalau saya uzur, suami saya baca, saya dengar dan hayati.

Kalau kami terlalu letih, kami akan pasang al mulk di handphone sampai tertidur.10 ayat quran sama2 setiap hari. Kami suami isteri boleh tahan sibuk juga sebab kami dua2 terlibat dalam bidang perubatan. Sebab tu kami akan wajibkan untuk baca at least 10 ayat al quran dalam sehari. Kalau nak lebih apa salahnya.Khatam al quran setiap hari.

Aih mcm mana tu? Senang ja. Baca al ikhlas tiga kali pahala sudah sama macam kau khatam satu quran. Kami akan buat lepas baca al mulk. Suami kena solat di surau. Paling paling mesti pergi adalah waktu maghrib dan isyak, sebab waktu tu kan tak kerja. Apa lagi alasan untuk tak pergi surau? Kadang2 lepas isyak baru kami sampai rumah sebab nak sahut seruan yang lelaki mesti solat berjemaah di surau.

Kita sebagai isteri kena sedaya upaya tolong suami untuk berjemaah di surau. Kau janganlah ajak suami kau shopping pulak masa tu. Kena utamakan Allah dalam kehidupan ni. Kadang2 ada halangan untuk pergi solat di surau, mcm sangkut jem, anak tak sihat.

Jadi kami suami isteri akan berjemaah di rumah. Rumah kena bersih. Ni sangat penting. Tandas kena bersih, dapur kena bersih, sampah kena buang cepat2. Baju jangan dibiar lama sangat tak dibasuh. Rumah bersih malaikat pun suka.

Pintu tandas kena tutup.Untuk mengelakkan syaitan masuk ke dalam rumah. Pakai selipar dalam tandas. Jangan bawa najis masuk rumah. Rumah kena dibacakan ayat qursi hari2. Yang ni senang ja, sebab tiap kali solat mesti akan baca ayat qursi.Masak sama2. Masa memasak, wajib bagi kami untuk sentiasa berselawat. Letak garam selawat, potong ayam selawat, kacau2 makanan selawat.


Amalan ni mak saya yang ajar. Jadi saya mmg dah terbiasa dari kecik.At least seminggu sekali kena adakan majlis taklim. Yg ni tukar2, kalau minggu ni suami saya jadi penyampai ilmu, minggu depan saya pulak. Malaikat rahmat berbondong-bondong masuk rumah kau nanti dengar sekali.

Kalau dah mcm tu apa maksud dia? Rumah kau dilimpahi rahmatlah.Cuba untuk sedaya upaya untuk taat apa saja perintah suami selagi tak melanggar hukum Allah. Haish mmg la susah kalau dah biasa melawan. Cuba ja dulu, nanti lama2 kau akan rilek ja hadap command suami kau. Kalau ada benda kau macam tak setuju kau cuba diam ja dulu.

Doa dengan Allah sebab yang pegang hati suami tu adalah Allah yang Maha Hebat. Selalu mesti suami saya berubah fikiran ikut apa yang saya nak. Itulah saya cakap, Allah Maha Hebat. Sebelum tido pillow talk dulu dengan suami. Borak2 dengan suami. Boraklah apa saja. Bagi suami kau cerita apa jadi kat dia hari tu. Kau pun kena cerita la juga.

Pastu jangan lupa pasang niat siap2 untuk bangun tahajud dan subuh berjemaah.Buat senarai zikir yang korang suka dan rasa senang nak amalkan. Setiap hari mesti abiskan semua zikir tu. Rugi hidup kat dunia ni kalau tak memuji Allah pencipta kita. Amalkan baca doa pada setiap perbuatan. Semua benda pun ada doa mcm masuk tandas, sebelum makan, keluar rumah, selepas azan, selepas wuduk.

Semua benda lah. Amalkan lah ya. Kami tak buka lagu kuat2 dalam rumah. Kalau nak dengar, dengar guna earphone. Tu pun jarang dengar lagu. Al quran, zikir dan selawat saja yang boleh buka kuat2. Say i love you and forgive me kat suami setiap hari.

Kita tak tau bila last kita akan jumpa pasangan kita. Hargailah mereka selagi masih ada. Takat tu ja la dulu. – Isteri yang bahagia (Bukan nama sebenar)

Antra komen ntizen :

Juliana Adam : Benda yg sama mak sy ajar. Dia paling marah sekali kalau pintu tandas xtutup, lambat tutup tingkap, langsir waktu senja & dapur xkemas sebelum tido. Ni semua mengundang syaitan & jin masuk umah.

Zinta Kitchen : Setuju sgt yg bab tutup pintu tandas tu…Mmg kat umh pintu tandas sentiasa ditutup..tapi bila dtg tetamu bermalam berhari2 , pintu tandas tu akan sentiasa terbuka..penat nak tegur.. rumahtangga diorng pun mmg kucar kacir..wallahualam.

Syaffaira Dhiya : Bagus tu..tahniah..saja tambah sedikit …makesure tutup pintu tandas ke pintu rumah ke..pintu petiaias ke..penutup makanan dan minuman dan apa apa jua benda nak di bukak atau di tutup la senang cerita..evan bukak baju or pakai baju or apa2 saja..baca lah dgn lafaz bismillah..tutup saja takjadi apa..syaitan bole masuk dan bukak…selamat beramal.

Ar Wayne : Alhamdullilah dikurniakan keluarga bahagia..nasihat ikhlas kepada penulis;
1) Manusia yang hidup dibumi Allah akan SENTIASA DIUJI dengan cabaran & dugaan.
2) Amalan & ibadah DIBAWA OLEH NABI, tidak perlu cipta untuk sesuatu perkara..amalan & ibadah perlu kepada dalil yang kukuh.

Rose Adeline : Saya bet korang belum ada anak. Kalau ada anak, lagi2 baby, baru nak angkat takbir, dah nangis. Boleh tahan cabarannya. Jenis pulak susah tidur, mudah terjaga. Selagi tak tidur selagi tu menangis. Nk berjemaah payah sikit tp kalau boleh memang cuba sedaya upaya.

Abdul Halim : Terbaik!!! Sapa2 boleh buat…cuma kalau nak istiqamah tu rasanya tak brapa nak ‘sapa2’ sangat la…sedey hok.
Apapun tahniah kat tt

semoga perkongsian ini bermanfaat kepada suami isteri


Sumber:https://www.satkoba.bbn.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.452010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list