View: 1524|Reply: 1
|
Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Saat Minum Soda
[Copy link]
|
|
Meminum setin minuman bersoda pada siang hari benar-benar menggiurkan. Rasa dahaga segera berganti dengan kesegaran. Namun, tahukah anda, apa yang terjadi di dalam tubuh saat soda masuk ke dalamnya? Berikut ini ulasannya, seperti disalin dari laman Daily Health Post.
10 Minit Pertama
Kandungan gula yang mencapai 10 sudu teh akan segera masuk ke dalam sistem tubuh. Kita memang tidak akan muntah kerana rasa manis yang luar biasa. Asid fosfat yang terkandung di dalamnya akan memotong rasa itu.
20 Minit Kadar gula dalam tubuh akan meningkat yang akhirnya menaikkan kadar insulin. Hati kita akan mengatasinya dengan mengubah gula tersebut menjadi lemak.
40 Minit
Penyerapan kafein selesai. Tekanan darah akan meningkat. Hati akan merespon dengan mengalirkan gula ke dalam aliran darah. Rasa mengantuk akan hilang akibat reseptor adenosis di otak terhalang.
45 Minit
Tubuh mula merangsang dopamin yang merangsang pusat kesenangan di otak. Cara kerjanya sama seperti heroin.
Lebih dari 60 Minit
Asid fosfat akan mengikat kalsium, magnesium, dan zink dalam usus bahagian bawah. Ini akan meningkatkan metabolisme tubuh secara signifikan. Apa yang parahnya, dosis tinggi gula dan pemanis buatan juga akan meningkatkan eksresi kalsium. Selain itu, sifat diuretik dari kafein muncul. Kita akan merasa ingin buang air kecil. Ditambah lagi, kadar gula yang mulai meninggi akan membuat kita mudah marah dan tubuh menjadi lemah .
|
|
|
|
|
|
|
|
Kureng gemo minuman soda ni...mujo le |
|
|
|
|
|
|
| |
|