Nindiaaa Ikan Air Tawar Yang Bersirip Tajam & Duri Berbisa
Tidak semua ikan memiliki kepantasan berenang untuk menyelamatkan diri dari pemangsa. Sesetengahnya dibekalkan dengan sirip dan duri tajam untuk mempertahankan diri. Ada sesetengahnya pula dilengkapkan dengan bisa. Jom kita kenali ikan-ikan tersebut.
BANDARAYA / IKAN CUCI CERMIN
Nama saintifik : Pterygoplichthys disjunctivus (Weber, 1991)
Nama umum : Vermiculated sailfin catfish
Ikan bandaraya merupakan ikan yang tidak dikehendaki tetapi turut mempunyai perlindungan duri dari pemangsa. Ia jelas menunjukkan ikan ini turut menjadi mangsa kepada ikan lain walaupun pada pandangan mata manusia ia adalah ikan yang menjijikkan kerana memakan benda-benda kotor. Sebagaimana ahli keluarga catfish lain, duri tajamnya itu tetap menyakitkan jika tercucuk padanya. IKAN LIMBAT/ KELI LIMBAT
Nama saintifik: Clarias nieuhofii Nama umum: Slender walking catfish Ikan limbat atau keli limbat ini biasanya lebih besar berbanding keli kampung. Habitat utama ikan ini di kawasan berpaya dan berlumpur termasuk tali air dan sawah padi. Ikan limbat mudah dibezakan kerana warna berlainan berbanding keli biasa. Biasanya badan keli limbat mempunyai bintik-bintik kuning. Terdapat juga limbat yang berwarna kuning sepenuhnya. Dan ia juga mempunyai duri bersengat sebagaimana ikan keli. BAUNG Nama saintifik : Mystus nemurus Nama umum : River catfish Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya. KELI
Nama saintifik : Clarias sp Nama umum : Walking catfish, catfish Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.
|