Mana pulak dah datang Habuk Dan Debu Dalam Rumah Kita?
Pernah tak anda tertanya-tanya dari mana datangnya habuk dan debu dalam rumah walaupun sudah kerap membersihkan ruangan rumah? Pasti letih bukan setiap hari perlu membersih dan membuang habuk dalam rumah lebih-lebih lagi pada tempat yang tinggi dan tersorok.
Sekiranya anda atau salah seorang ahli keluarga yang mempunyai alahan pada habuk pasti anda sedaya upaya mencari alternatif lain untuk menghilangkan habuk dan debu supaya tidak akan muncul semula.
Anda perlu tahu, komponen yang terdapat pada habuk di rumah sedikit sebanyak akan memberi kesan pada paru-paru dan kesihatan secara keseluruhan.
Habuk atau debu yang sering muncul di rumah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah faktor di mana anda tinggal, musim, bilangan orang yang berada di dalam rumah, haiwan dan banyak lagi. Walaupun kelihatan habuk dan debu seperti perkara kecil, namun anda juga perlu beri perhatian kerana ia melibatkan kesihatan anda sekeluarga di dalam rumah.
Bagaimana habuk dan debu boleh ada dalam rumah?
Debu boleh dilihat dari pelbagai sudut di dalam rumah seperti di atas almari, di celahan pasu, bahagian rak dapur dan sebagainya. kadangkala setelah dibersihkan ia akan muncul semula setelah 2 atau 3 hari.
Debu pada dasarnya adalah gabungan zarah dari luar dan juga dalam yang terapung di udara dan wujud pada setiap permukaan.
Satu kajian dilakukan oleh Beamer yang mendapati bahawa habuk dan debu yang boleh terjadi di dalam rumah adalah mengikut iklim, usia rumah, jumlah yang tinggal di dalam rumah, kerja harian memasak dan tabiat merokok di dalam rumah. Boleh dikatakan sebahagian besar habuk datang 60% dari luar iaitu melalui tingkap, pintu, dan tapak kasut.
Selain itu, Beamer juga menyatakan bahawa habuk dan debu yang terdapat dalam rumah adalah dari sel-sel kulit mati yang terhasil dari manusia, cebisan kain dari permaidani, lapisan perabot yang terhakis dan juga debu tanah dan zarah-zarah yang diterbangkan dari udara luar ke dalam rumah.
Apa akan berlaku jika bernafas pada tempat yang banyak debu dan habuk?
Secara amnya, debu bukan sahaja akan menjadikan rumah anda kotor, malah berupaya mempengaruhi kesihatan anda sekeluarga. Oleh itu, seberapa banyak debu dan habuk yang ada di dalam rumah dapat menentukan saluran pernafasan anda agak kurang baik.
Zarah debu dan habuk yang tebal sebenarnya boleh terperangkap di hidung dan juga mulut ketika anda sedang bernafas. Justeru, zarah debu dan habuk yang halus pula berisiko menembusi ke paru-paru hingga diserap terus ke saluran darah.
Selain itu, faktor lain yang boleh mempengaruhi kesihatan anda ialah jumlah habuk di udara dan berapa lama anda terdedah kepadanya. Sebilangan habuk yang kecil boleh menjadikan seseorang mengalami alergi dan boleh juga menjadi kegatalan pada kulit.
Kesimpulan
Membersihkan rumah dari segala habuk dan debu sememangnya penat jika kerap melakukan kerja tersebut. Namun anda juga perlu fikir tentang kebersihan dan kesihatan yang akan berlaku kepada anda dan juga keluarga di dalam rumah.
Jangan biarkan habuk yang nipis menjadi semakin tebal kerana ia boleh menjadikan seseorang itu mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya akan diserap ke paru-paru.
Oleh itu, ambil sedikit masa untuk membuang habuk di dalam rumah supaya rumah kelihatan bersih sekaligus mengekalkan udara yang nyaman dan segar.
Rumah aku juara habuk..huhu..kalau 3,4 hari tak vacuum, bole nampak habuk bergumpal atas lantai..huhu..nasib dapat daily maid..dia rajin basuh kipas segala..tak larat aku nak buat sorang2
sebelum ini gunakan vacuum biasa...jenis pakai bag....tapi kos mahal/dan susah dapat filter....masih berabuk juga.....sebab 10% habuk halus yang kita vacuum akan keluar di bahagian ekzos motor belakang vacuum.
tukar kepada jenis vacuum bagless yang boleh cuci.....lagi berabuk...sebab 20% habus halus akan keluar dan bertaburan bila vacuum. kita boleh rasa....sebab hidung kita akan gatal.
mop lantai 2 minggu sekali......tapi masih berabuk selepas seminggu.....
tak puas hati...saya buat kajian dgn google.....pasal vacuum yang sesuai dan cara mengurangkan habuk dalam rumah.....
hasil kajian .....didapati bermacam macam vacuum yang ada dipasaran...dari semurahnya ke semahalnya....dengan berbagai bagai fungsi....vacuum and mop/ vacuum and steam ....ada sesuai utk hard floor sahaja...tak sesuai utk carpet.....ada yang cordless.....terpulang kepada kesesuian kegunaannya.
bagi negara barat/eropah....vacuum ini merupakan keperluan utama mereka...sebabnya...dalam rumah mereka ada pasang carpet, bela binatang seperti anjing....itu sebab technologi vacuum cepat berkenbang.....salah satunya vacuum bissell Crosswave.....tetapi tak jual kat malaysia.
kat malaysia...bab vacuum technologi..amat kurang...jika dibandingkan dengan negara luar.....sebab kita telah biasa dengan istilah menyapu...
Didapati vacuum yang menggunakan air sebagai filter ( water filtration) adalah yang terbaik....kerana merangkap habuk 100%......tetapi vacuumnya sangat mahal....
minat pada teknologi yang ada pada vacuum karcher SV7.....yang menggunakan konsep ini. bersama dengan sistem steam sekali.....2 dalam 1...iaitu sambil vacuum dan steam sekali...tak perlu mop....tengok harganya.....wow mahalnya.....
Hanya mampu tengok review dekat youtube....dan.....meremdam rasa....
selalu juga tengok kat web mudah.... kot kot ada yang hendak jual scond hand ke....
akhirnya dapat juga.....ada buyer yg hendak jual.....dapat separuh harga baru...
selepas pakai.......kurang habuk.....kita boleh lihat dekat air yang digunakan sebagai filter....masa mula mula pakai...memang kotor sangat air yg digunakan ....selepas 2 kali guna.....kotoran pun dah berkurangan.
kalau nak bau harum masa vacuum.....masukkan dettol atau pewangi baju dalam bekas filter vacuum tersebut. ......maka seluluh ruang akan semerbak baunya
Vacuum ini berat dan besar jika dibandingkan dengan vacuum biasa.....ia sesuai jika org lelaki buat....
kesimpulannya.......vacuum yang menggunakan water filtration sebagai perangkap sampah dan habuk...adalah yang terbaik.....diharap......teknologi ini akan berkembang pada masa akan datang dan banyak syarikat pembuat akan mengeluarkanya...dan menjualnya pada harga yang murah....
Post time 16-2-2021 01:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sejak setahun ni memang rajin habuk dlm rumah ni. Vacuum seminggu sekali tp sapu dua hari sekali. Lap2 tu x tentu. Mana akak capai je, terus lap. Nak buat mcm dulu gagah perkasa dah x boleh.. Dua minggu sekali husband mop atas bawah. Mungkin sebab akak buka sliding & semua tingkap serta pintu kot.. memang dibuka dari pukul 7 pagi sampai la dah nak Maghrib.