CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: FanTasyCreaTioN

[BORNEO] Berita Banjir 2021

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2021 04:05 PM | Show all posts
sian meow






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2021 04:17 PM | Show all posts


KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran  cuaca (waspada) bagi beberapa bahagian di seluruh Sarawak hari ini.


Amaran tersebut melibatkan hujan lebat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Bagi Zon Utara, hujan lebat dijangka berlaku di Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang sehingga 17 Januari ini.

Sementara itu, mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 4,343 orang melibatkan 1,370 keluarga setakat ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ia membabitkan Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Miri serta melibatkan 50 pusat pemindahan sementara.

Menurutnya, Bahagian Kuching merekodkan 2,985 mangsa daripada 962 keluarga melibatkan 31 pusat pemindahan.

"Psat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Kuching iaitu PPS Surau Ar Rahman dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Tupong Tengah," katanya dalam kenyataan.

Katanya, bagi Bahagian Samarahan kekal dengan 314 mangsa daripada 105 keluarga di tujuh PPS.

Serian turut mencatatkan peningkatan dengan 1,015 mangsa daripada 299 keluarga di 10 pusat pemindahan.

Bagi Bahagian Miri, katanya turut kekal dengan dua pusat pemindahan untuk empat keluarga yang terdiri daripada 29 mangsa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 09:01 PM | Show all posts
Cara membuang penutup muka dengan betul...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:19 AM | Show all posts
[SARAWAK]

Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan sedikit penurunan setakat jam 8 malam iaitu 4,181 berbanding 4,413 orang setakat jam 4 petang, tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, pada tempoh yang sama Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka kekal sama iaitu 49 buah.
“Jumlah 4,181 orang mangsa yang terdiri dari 1,139 keluarga adalah mereka yang terjejas banjir dari Bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.
“Daripada jumlah 4,181 mangsa berkenaan seramai 2,800 orang mangsa dari Bahagian Kuching, Samarahan (314 mangsa), Serian (1,060 mangsa) dan Miri (tujuh mangsa),” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:22 AM | Show all posts
Jangan buka pusat pemindahan banjir sendiri

KUCHING: Jangan buka pusat pemindahan sementara (PPS) banjir sendiri dan patuh arahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Demikian menurut Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang menegaskan ia adalah untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di setiap PPS dipatuhi.

Menurutnya, mendirikan PPS adalah tanggungjawab JPBNS, dan segera memaklumkan kepada Pejabat Daerah dengan sekiranya ada keperluan untuk berpindah.

"Apabila diarahkan berpindah, sila berpindah dan saya mohon jangan buat PPS sendiri tetapi Ketua Masyarakat/ Kaum, jawatankuasa kampung, perlu segera maklumkan kepada Pejabat Daerah agar PPS dapat terus dibuka.

"Tujuannya juga adalah agar SOP semasa COVID-19 ini terus dipatuhi di setiap PPS kerana banyak yang berubah dari sebelum ini, sebagai contoh untuk makanan, dahulu kita benarkan mereka memasak makanan sendiri, tetapi sekarang tidak dan kita hanya akan bekalkan pek makanan," katanya pada sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Beliau selain itu memberitahu JPBNS mempunyai jentera yang cukup berpengalaman menguruskan mangsa banjir dan PPS.

"Justeru sentiasa bersiap siaga untuk berpindah mengikut arahan yang dikeluarkan dan jangan bermain dengan air banjir serta pastikan dokumen penting disimpan di tempat yang selamat," kata Uggah.

Sementara itu, setakat jam 4 petang hari ini, jumlah mangsa banjir bertambah kepada 4,413 orang berbanding 4,222 pada pukul 12:00 tengah hari.

Uggah berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 49 PPS dibuka.

"Jumlah mangsa tersebut datang daripada 1,171 keluarga dari kawasan terjejas banjir di Bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.

"Paling ramai di Bahagian Kuching dengan 2,238 mangsa, Serian (1,027), Samarahan (314) dan Miri (29)," katanya.

oleh
Jeremy Lanson


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:28 AM | Show all posts
KUCHING: Semua mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diberi keperluan asas secukupnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, makanan yang dimasak turut diagihkan kepada mereka sebanyak tiga kali sehari.

“Sebelum ini, kita ada mengadakan aktiviti memasak dan makan bersama tetapi kerana penularan wabak Covid-19, aktiviti itu tidak dibenarkan.

“Kita akan memastikan keperluan asas mangsa mencukupi termasuklah keselamatan dan kesihatan mereka di tahap yang terbaik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke PPS SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah, Sejijak, hari ini.

Sementara, Fatimah telah membuat lawatan ke PPS SMK Batu Kawa selepas menerima laporan media tempatan menyatakan mangsa dari Desa Wira Lorong 5I yang berada di Dewan sementara mengalami kekurangan bekalan makanan.

Jelasnya, laporan itu memohon bantuan daripada pihak berkaitan untuk membekalkan makanan.

“Sebenarnya, tempat pemindahan terbabit adalah atas inisiatif Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Wira 5I khas untuk penduduk berkenaan tanpa didaftarkan sebagai PPS.

“Lebih menyedihkan apabila dewan sementara itu turut dinaiki air pada malam Rabu lepas, dan kesemua mangsa dinasihati berpindah ke PPS Batu Kawa,” ujarnya.

Menurut beliau, sebanyak 18 keluarga dipindah ke bilik kelas bagi mengurangkan kesesakan di dalam dewan sekolah apabila mangsa dari Kampung Sureh turut menggunakan tempat berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2021 03:35 PM | Show all posts
Terimakasih untuk semua yang bertungkus lumus menyelamat dan membantu mangsa mangsa banjir ...





KETUA BALAI BOMBA YANG PRIHATIN

Kelihatan PKPgB Ebby Hirwandy Sarbini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan membawa salah seorang mangsa banjir di Samarahan.

Beliau sempat memberikan kata semangat dan berharap mangsa berada dalam keadaan sihat.

Beliau mengetuai operasi SAR Meranek (Komander Operasi SAR Meranek) dan pada masa yang sama turut mengetuai Operasi Menyelamat mangsa banjir di sekitar Samarahan pada sebelah malam.

Kepimpinan melalui tauladan

-Unit Perhubungan Awam-


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 08:09 AM | Show all posts

[BORNEO] Banjir sekitar Sabah dan Sarawak

FC mulakan dengan Serian Sarawak

SERIAN: Keadaan banjir di Kpg Selabi Entukuh pagi ini

Kredit Photo: Beckham Joseph













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2021 08:12 AM | Show all posts
Terimakasih abang Bomba


Bomba selamatkan pasangan warga emas terperangkap banjir

SERIAN: Sepasang suami isteri warga emas diselamatkan selepas terperangkap di rumah mereka di Kampung Pichin, di sini akibat banjir.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-duanya yang berusia 81 tahun terperangkap disebabkan jalan menuju ke rumah mereka dilimpahi banjir paras dada.

Katanya anggota bomba segera digerakkan bagi menyelamatkan pasangan berkenaan sebaik mendapat laporan daripada anak saudara mereka sekitar jam 1.40 petang hari ini.

"ihak bomba memasang tali 'guard line' dan membawa mangsa menggunakan teknik 'piggy back carry' dengan memakai jaket keselamatan ke jalan utama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian dibawa oleh anak saudaranya ke rumahnya.









Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Beraninyer bomba tu rentas banjir camtu je..... bukanker Kat sarawak banyak buaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 08:27 AM | Show all posts
asma87 replied at 4-2-2021 08:23 AM
Beraninyer bomba tu rentas banjir camtu je..... bukanker Kat sarawak banyak buaya
jangan la



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 08:48 AM | Show all posts
masih d sekitar Serian ...





Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:09 AM | Show all posts
Semoga di permudahkan urusan penduduk2 yang terjejas kena banjir ni.

Tapi dalam membaca tengok2 gambar banjir bulu roma meremang2 gak pikir sana kan banyak buaya..harap2 baik2 lah semua hendaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 06:33 PM | Show all posts
Banjir datang lagi... setelah beberapa hari ni asyik hujan ...

Kengkawan yang kat kawasan rendah tu ... sentiasa berjaga-jaga yer

Semoga d permudahkan urusan ... aamiin


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 06:35 PM | Show all posts
SABAH


Terkini di Sabah, hujan berterusan mengakibatkan banjir Kilat.
Bundusan
Penampang
Inanam Batu 7
Kibabaq
Jalan Likas
Kampung Baru Luyang
Kelombongan
Parit Donggongon
Bundusan Round About
Jalan Servay Inanam









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 06:36 PM | Show all posts
Penduduk Sabah di Penampang, KK, Likas agar berwaspada cuaca buruk melanda kawasan Sabah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 11:14 AM | Show all posts
Bomba nasihat penduduk peka, waspada elak jadi mangsa tanah runtuh

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk yang mendiami kawasan berdekatan cerun bukit agar sentiasa peka dan lebih berwaspada bagi mengelak daripada menjadi mangsa dalam kejadian tanah runtuh.

Pengarahnya Md Ali Ismail berkata taburan hujan lebat di kawasan pantai timur Sabah dilaporkan berlanjutan dan kemungkinan ianya akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir di beberapa daerah di negeri ini.

"Bagi mereka yang mendiami kawasan cerun tinggi atau ada kemungkinan berlaku runtuhan tanah perlu sentiasa peka memerhatikan kawasan sekitar terutama semasa hujan lebat.

"Pertama sekali kena lihat jika ada rekahan tanah dan jika ada aliran air dari celah tanah atau aliran sungai dari bawah tanah.

"Selain itu, lihat juga keadaan bangunan mungkin terdapat kesan pintu tidak dapat dibuka atau berlaku rekahan dinding dan lantai yang pecah serta kenal pasti jika ada pokok berhampiran rumah di kawasan curam tumbang. Ini tanda bahawa ada berlaku pergerakan tanah yang mungkin boleh berlakunya tanah runtuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang sehingga meragut tiga nyawa termasuk bayi dan kanak-kanak Rabu lalu.

Bercakap lanjut Md Ali berkata, jika penghuni menyedari adanya empat tanda berkenaan maka harus mengambil tindakan sama ada memaklumkan segera kepada pihak berkuasa tempatan atau berpindah ke tempat yang selamat.

"Jika rekahan semakin besar maksudnya ada pergerakan tanah dan ia tidak berhenti lagi.

"Awasi dan maklumkan kepada pasukan penyelamat atau pihak berkuasa dan berkemungkinan besar terpaksa dipindahkan kerana kita bimbang jika hujan lebat akan berlaku tanah runtuh. Jadi lebih baik buat persediaan lebih awal," katanya.

Sementara itu, Md Ali memaklumkan bahawa JBPM Sabah menerima sebanyak 121 panggilan kecemasan berkaitan banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tambunan.

"Sejak jam 2 petang hingga 7 malam tadi, sebanyak 121 panggilan berkaitan penyelamatan membabitkan banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang yang kita terima," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian pada Rabu melaporkan dua kejadian tanah runtuh berlaku di Penampang dan Kota Kinabalu yang turut mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di Jalan Bundusan.

Tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh itu adalah, Salmah Hamid, 25, bersama anaknya, Dayana Zul Azmil, berusia lapan bulan serta seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikenali sebagai Rosatima Asbirin.

Tiga lagi mangsa yang terselamat dikenali sebagai Risdah Jabin, 22, bersama dua kanak-kanak iaitu Juliana Zul Azmil berusia satu tahun dan Norsirah Asbirin berusia tiga tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut.


Credit : Borneo post


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 04:29 PM | Show all posts
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, banyak jalan di Sabah terputus hubungan sehingga kini akibat banjir yang melanda negeri itu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 04:31 PM | Show all posts
Keadaan terkini jalan Kota Kinabalu-Kota Belud, di Taman Nikmat tidak dapat dilalui kenderaan kecil, saya juga difahami jalan alternatif Kg Kinasaraban juga banjir ketika ini.

Mohon berhati-hati semua, jangan merisikokan diri ketika bencana sebegini.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 10:36 PM | Show all posts
Lima daerah di Sabah terjejas banjir kilat

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak malam semalam mengakibatkan lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Sabah dalam beberapa kenyataan media semalam memaklumkan antara daerah berkenaan termasuklah Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang, Beaufort, Membakut serta Kota Belud.

Katanya hujan lebat itu mengakibatkan 79 buah kampung termasuk kawasan perumahan digenangi banjir kilat manakala 40 penduduk turut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kota Belud mencatatkan daerah paling banyak kawasan terjejas membabitkan 39 perkampungan keseluruhan bermula dari Kampung Siasai Tamu ke Kampung Timbang Manggaris serta lapan jalan utama terputus dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

“22 mangsa banjir daripada sembilan keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol,” katanya.

Beliau berkata setakat jam 5 petang juga seramai 18 penduduk daripada enam keluarga yang terjejas banjir dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol sejak dibuka jam 10 pagi semalam.

“Untuk Sipitang, pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membuat pemeriksaan di 10 buah kampung yang terjejas banjir.

“Kesemua mangsa banjir adalah dari Kampung Sungai Tiga dan Kampung Naluyan berikutan keadaan banjir yang semakin teruk di kawasan terbabit,” katanya.

Menurutnya 19 buah kampung turut terjejas masing-masing 12 kampung di Beaufort dan tujuh kampung di Membakut bagaimanapun belum ada sebarang pemindahan penduduk dilakukan buat masa ini.

“Bagi kawasan ibu negeri kita mencatatkan 10 kawasan perkampungan serta taman perumahan dilanda banjir kilat manakala tujuh kawasan lain dilaporkan berlaku tanah runtuh.

“Untuk daerah Penampang, Kampung Sugud menjadi kampung yang paling teruk dilanda banjir kilat menyebabkan dua jalan utama iaitu Jalan Datuk Panglima Banting dan Jalan Kolopis tidak boleh dilalui,” katanya.

Menurutnya operasi serta tinjauan berterusan daripada pelbagai agensi giat dijalankan terutama di kawasan sering dinaiki banjir untuk bersedia dengan tindakan pemindahan penduduk jika keadaan semakin teruk.



Vivi Olviana Najurus

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067994 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list