CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1996|Reply: 0

[MELAKA] Melaka Gateaway Adalah Masa Depan

  [Copy link]
Post time 29-1-2021 03:29 PM | Show all posts |Read mode

Melaka Gateaway menjadi mercu baru pertumbuhan ekonomi Melaka.


Harian Metro

Izzuddin Kamaruddin

Tidak dapat dinafikan Melaka kini mengorak langkah menjadi antara pemain utama ekonomi negara terutama dengan kewujudan tiga projek mega iaitu Melaka Gateaway, Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi dan Pelabuhan Tanjung Beruas.

Pelaburan besar ini dilihat mampu merubah hala tuju ekonomi Melaka daripada ekonomi hujung minggu yang tertumpu kepada sektor pelancongan kepada ekonomi harian.

Malah, ia mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang dianggarkan berjumlah lebih 10,000 untuk penduduk tempatan tanpa perlu lagi berhijrah ke Kuala Lumpur mahupun Singapura. Melaka Gateaway adalah pelaburan terbesar untuk membangunkan empat pulau buatan manusia membabitkan penambakan laut seluas 609 ekar dengan anggaran pelaburan sebanyak RM43 bilion.

Berdasarkan pelan utama pembangunan projek itu, pulau pertama akan membabitkan pelancongan dan gaya hidup dengan menyediakan jeti dan terminal feri, hotel dan pusat persidangan, perumahan, komersial, hospital, institusi pendidikan dan taman maritim.

Pulau kedua pula meliputi pembangunan bersepadu iaitu berdasarkan inovasi dan pengetahuan, insurans dan bank, kewangan luar pesisir, pusat latihan korporat dan pusat perniagaan.

Pulau ketiga iaitu pelabuhan laut dalam yang tertumpu kepada sektor minyak dan gas. Pulau keempat dikhaskan untuk taman industri marin seperti pembaikan serta menyelenggara kapal, kontena, perkhidmatan dan lojistik.

Sehingga kini, projek ini sudah 40 peratus siap dengan pulau pertama siap 100 peratus manakala pulau kedua, ketiga dan keempat sedang disiapkan.

Malangnya, projek berkenaan yang diusahakan syarikat swasta iaitu KAJ Development Sdn Bhd selama beberapa tahun ditamatkan kerajaan negeri dengan alasan gagal menyiapkan projek itu mengikut tempoh ditetapkan iaitu tiga tahun daripada kontrak ditandatangani.

Kenyataan pejabat Ketua Menteri Melaka menyatakan bahawa perjanjian projek Melaka Gateaway yang ditandatangani pada 4 Oktober 2017 tamat tempoh selama tiga tahun pada 3 Oktober tahun lalu tanpa mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang sudah setahun melanda dunia dengan semua sektor dihentikan bagi mengekang virus berkenaan.

Sebenarnya di Melaka ini terdapat beberapa lagi syarikat yang menjalankan kerja menambak laut untuk tujuan komersial, malah ada dalam kalangan syarikat itu difahamkan gagal menyiapkan projek, tetapi masih diberi peluang.

Selain itu, banyak juga kawasan penambakan laut yang dijalankan sebelum ini belum ada bangunan yang didirikan, tetapi terbiar kosong atau sekadar dipagari kawasan sekeliling dengan zink.

Walaupun kerajaan negeri memaklumkan projek Melaka Gateaway akan diteruskan, tetapi bukan dijalankan KAJ.

Pada pandangan saya, ia adalah suatu kerugian kepada kerajaan Melaka khususnya dan rakyat tempatan amnya.

Ini kerana projek ini bernilai tinggi dan dirancang sendiri syarikat berkenaan melalui pelan induk yang dirancang dengan teliti dan dipersetujui kerajaan negeri dan paling penting ia adalah inisiatif swasta dalam membangunkan Melaka setanding Singapura terutama melalui pelabuhan laut dalam yang akan dibina.

Malah, mereka sendiri mencari pelabur dari seluruh dunia yang berminat untuk menanam modal di kawasan itu.

Kapal yang melalui Selat Melaka boleh singgah untuk menambah bekalan makanan, minyak atau air serta dibaiki atau diselenggara.

Walaupun ia sebenarnya adalah impian besar, biarlah syarikat menjalankannya kerana mereka yang membiayai projek itu tanpa seinci pun mengambil tanah sesiapa. Semua ditebus guna.

Bagi kerajaan Melaka pula bukalah ruang rundingan dalam mewujudkan situasi menang-menang kerana dalam hal ini kepentingan rakyat perlu diberi keutamaan.

Jika ini dapat dijayakan bersama, baru nampak adanya hubungan baik di antara kerajaan negeri dan swasta dalam membangunkan negeri dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di pulau yang dibangunkan.

Akhir kata, berbincang atau berunding adalah cara terbaik dalam menangani apa jua permasalahan yang timbul. Tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan berunding.

*Izzuddin Kamaruddin, seorang jurutera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050814 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list